Airmata Wanita Ibarat Irama Dan Lagu ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 السلام عليكم



 kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

wanita dan air mata memang tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu. air mata memang cukup sinonim dengan diri wanita kerana mereka merupakan insan yang lemah dan memerlukan pendamping di sisi mereka. tangisan juga ibarat medium untuk seseorang itu meluahkan perasaan yang terbuku di hati selama ini.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kuat untuk  menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan .
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu Keistimewaan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat ku ini. bersabarlah wahai hati dengan setiap ujian yang menimpa dirimu ini. Sesungguhnya hambaMu tidak boleh lari dari dugaan dan cabaran yang sebenarnya mengajar kita erti kedewasaan. Kuatkan hatiku, imanku, semangatku Ya ALLAH. 

No comments: