alhamdulillah .. aku di uji lagi :')
rasa takut nak hadapi ?
TAK "pada mulut aku" YA AKU TAKUT ! "pada hati aku"
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
– Surah AsSyuura : Ayat 30
تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.
وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.
وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.
وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.
جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :
Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.
kadangkala sukar untuk puaskan hati semua orang,
walaupun aku mencuba...
tetapi..HINAAN & CACIAN yang aku terima,
walaupun aku cuba untuk belajar dari kesilapan...
tetapi...MARUAH & HARGA DIRI aku dipersalahkan...
jahat sangat ke aku..? :'(
sehingga orang yg tidak mengenali aku pun sanggup,
melemparkan HINAAN & CACIAN terhadap diriku ini..
kadang kala aku cuba untuk tidak menangis,
tetapi orang yang buatkan agar hidup aku sentiasa menangis..
kejam sangat ke aku ..
"Sesungguhnya hidup aku sebagai hamba-Nya...
aku tak mampu nak puaskan hati semua orang..
aku belajar REDHA untuk semua HINAAN & CACIAN yang dilemparkan untuk aku...
terima kasih diatas pengHINAaan yg kalian berikan untuk aku..
sesungguhnya siapa pun aku dimasa silam,
bukan kalian semua yang tentukan.
baik & buruk kehidupanku..
biarlah Allah yang tentukan semuanya.."
" lebih baik aku bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang...
daripada aku menipu yang membuatkan kau tersenyum.."
No comments:
Post a Comment