السلام عليكم
Awak , tahniah ye .. :D untuk apa ? Untuk kebahagian yang bakal awak nikmati , saya doakan yang terbaik untuk awak yer :) saya harap awak tak layan dia macam mana awak layan hati saya ..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ya Allah…
Engaku tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa dalam taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syari’at-MuTeguhkanlah ya Allah, ikatannya,Kekalkanlah cinta kasihnya,Tunjukilah jalan-jalannya,Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahaya-Mu yang tidak pernah hilang,Lapangkanlah dada-dada kami dengan kelimpahan iman kepada-Mu
dan indahnya bertawakal kepada-Mu,Hidupkanlah hati ini dengan ma’rifat kepada-Mu,Matikanlah ia dalam syahid di jalan-Mu
Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong
Dengar ya wahai hati....Aku tahu rasa sakit ini,Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap,Dengan contengan di atas lembaran kertas sahajaDan lebih teruk lagi apabila hati itu Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah !!!
Duhai hati...Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan,kadang-kadang perkataan orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas...Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu...Mudah memaafkan perlakuan orang..Tetapi sukar melupakan.
Dengar ya wahai hati....Aku tahu....Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka...Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut..Namun ku tetap yakin
Engkau terlalu kuat dan tabah..aku bangga dengan kau wahai hati...
Wahai hati...Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu..Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun..Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat..Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku
Hati...
Bagaimana caranya untuk aku ubati segala luka padamu ?
Guna plaster?Guna Gunting ?Atau Guna iodine ?
Jika guna plaster, luka besar boleh diplaster ke?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah
Alhamdulillah hati...Allah ajarkan padaku,Agar sentiasa redha selalu ,Allah beri perhatian padamu dengan diuji...Wahai hati...Percayalah, walau dirimu penuh luka..Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu ..Juga yang menciptkanku..Sungguh benar hati...Ujian itu wasilah untuk kita..Agar sentiasa ingat pada yang Esa...
Anas berkata, Rasulullah bersabda:"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bisikan Hati :
Fatin Syamimi
Sumber Carian :
Google
No comments:
Post a Comment