Cerpen = ANTARA KITA ADA CINTA

Nama aku Ayu Syuhana. Aku seorang gadis yang peramah, mulut becok, periang, kecil molek dan suka berterus-terang. Aku bekerja sebagai juruwang di Watson. Tahap pendidikan setakat SPM sahaja, itupun tak dapat sijil sebab kebanyakkan subjek aku ada yang cukup-cukup makan dan ada yang tak cukup makan. Aku senang bekerja di Watson, mana tidaknya, kalau kerja sambil cuci mata, melihat gaya manusia yang membeli-membelah disana.

“ Hana.. cuba kau tengok mamat yang baru masuk tadi tu. Hoho.. ada gaya maa.. Kereta besar dia terpacak kat luar tu. Rupanya, ada jugak mamat kaya lagi hensem kat pekan kita ni. Tak sedar pun”
Mawar membisiki aku yang khusyuk membaca majalah Ujang. Terus mataku melihat gerangan yang dimaksudkan Mawar itu.

“ Kau ni... Kau ingat sengkek sangat ke orang pekan kita ni? Ada yang kayalah... Mana orang tu? Tak ada pun!”
Mataku masih mencari-cari kelibat lelaki itu.

“ Kau ni mulut, boleh diam sikit tak? Nanti dia dengar. Orang kaya tu memanglah ada kat pekan ni, cuma first time aku nampak mamat ni. Hah.. tu dia”
Cepat mataku melihat lelaki yang ditunjukkan Mawar itu. Mataku memang tidak lepas dari memandang lelaki itu yang sibuk membelek-belek sesuatu.

“ Mak aihh.. not bad la..”

“ Not bad apanya. Kalau mata dah tak lari-lari dari merenung. Kau jangan Hana, dari renungan boleh mendatangkan maksiat tau”
Aku menjeling Mawar.

“ Hei.. itu bila kita tengok banyak kali. Ini aku tengok sekali ajelah. Mengada aje dia ni”

“ Betullah tu. Sekali tengok tapi lama bukan main”
Mengekek Mawar ketawa. Aku hanya diam membisu, mengakui kata-kata Mawar itu tadi. Majalah Ujang aku capai semula.

“ Apa bestnya dapat boyfriend hensem ni? kalau aku yang dapat, mahu menangis seharian tau, makan hati, cemburu aje kerja aku. Hishh... tak nak aku jadi macam tu. Susah sebenarnya dapat pakwe yang macam ni. Aku lebih baik kena jodohkan dengan si Shahrul tu tau”
Sambil meluahkan kata-kata pendapat, aku terus tergelak. Aku tergelak bukan disebabkan kata-kata yang terluah dari bibirku tapi aku geli hati membaca majalah Ujang ni.

“ Macam orang tak betul aje aku tengok kau ni. Cakap dengan aku tapi sempat gelak melalak dengan cerita Ujang kau ni”
Menggeleng-geleng kepala Mawar melihat kelakuanku.

“ Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku dengar lepas tu jawab. Itupun kalau ada soalan la”

“ Hurmm... Pasal si Shahrul tu. Betul ke kau nak terima dia kalau dia masuk meminang?”
Shahrul merupakan anak penghulu kampung, dia adalah cikgu sekolah rendah di pekan ni. Dengar-dengar dia ni suka dekat aku tapi aku tak tahulah betul ke tidak.

“ Bukan aje si Shahrul tu, sesiapa saja yang datang meminang. Aku terima. Tapi jangan la lelaki yang aku tengok, boleh menyusahkan hidup aku”
Aku tergelak lagi.

“ Kalau abang Bob tu, kau nak tak? Aku dengar dia suka kat kau jugak”
Terus mati gelak ketawaku. Mataku tajam merenung Mawar.

“ Kau ni.. kalau aku sekeh memang terus masuk ICU ni. Kau agak-agak la. Takkan abang Bob yang kerja jual tayar tu kau nak kenenkan dengan aku? Dia sendiri makan pakai dia, cukup-cukup makan aje. Kalau aku kahwin dengan dia tu, alamat menuju ke alam mampus la tu”

“ Tadi kata nak terima siapa saja. Nak jugak yang kaya-raya tu eh”

“ Shhh! Diamlah. Mamat tu nak bayar”
Kedua-dua kami yang tadinya duduk dikerusi, serentak berdiri.

“ Nak bayar encik?”
Lembut suara Mawar menyapa lelaki itu.

“ Kau ni.. takkan dia nak bertengek kat sini. Mestilah nak bayar”
Mawar menjeling aku manja. Eleh.. depan mamat hensem, jeling-jeling manja. Hendak tergelak pun ada juga aku dibuatnya, inilah perangai yang akan menyerlah pada diri Mawar, bila berhadapan dengan lelaki. Kontrol ayu. Senyuman manis menghiasi bibir kami.

“ Pertama kali datang sini ye encik? Baru pernah nampak batang hidung encik ni”
Mawar menyiku lenganku. Aku buat-buat tidak tahu.

“ Yes. My first time”
Jawab lelaki itu pendek.

“ Ooo patutlah.. Jarang kita orang nampak lelaki hensem masuk kat sini. Itu sebablah saya tanya”
Lelaki itu hanya diam, senyum pun tidak dengan kata-kataku. Hek’elah! Sombong tahap cipan betul mamat ni, tak mesra alam sungguh! Menyampah aku!

.........................

Hari ini mamat sombong tu datang lagi. Mawar dah jadi ulat bulu, terliuk sana terliuk sini bila lelaki itu tanya sesuatu dekat Mawar. Aku malas nak ambil tahu, lebih baik aku kira duit.

“ Excuse me..”
Tegur lelaki itu.

“ Maaflah encik. Tak perasan. Saya kalau part kira duit ni memang khusyuk. Maaf eh”

“ It’s okay...”
Mamat ni tak tahu nak cakap melayu ke? Kalau kata tak pandai bahasa melayu, dia faham apa yang aku cakapkan. Muka pun, muka Asian juga. Elehhh... nak berlagaklah tu.

“ Are you okay?”
Tegurannya membuatkan aku terkejut. Hishh! Sempat pula aku berangan. Lebih mengejutkan lagi bila dia cakap ‘Ayu okey?’ macam mana dia tahu nama aku?

“ Macam mana encik tahu nama saya?”
Aku tanya dia. Dekat kedai ni memang tak ada sesiapa pun yang panggil aku Ayu.

“ What do you mean? I said, are you okay?”
Mak aihh!!! Salah pendengaran pula aku yer... Buat malu saja!

“ Maaflah encik. Ingatkan encik cakap Ayu tadi. Rupanya cakap omputih. Saya ni memang tak pass dalam bab-bab bahasa jiran ni”
Itu sajalah yang mampu aku kata, nak cover malu aku ni lah. Sengihanku pun macam kerang busuk. Muka lelaki itu tetap serius, nak senyum pun tidak. Lepas bayar, dia terus keluar dari kedai. Malas nak layan perempuan ‘kerek’ macam aku ni kot. Macam saja ye, bukan benar-benar kerek. Minta dijauhkan.

........................


Petang ini, emak aku suruh beli barang dapur. Aku sebenarnya malas betul nak keluar dari rumah. Ingatkan masa cuti ni nak rehatkan badan tapi emak aku yang berkeras nak suruh aku beli barang. Dia tak nak pula ikut. Ini bermakna, aku akan borong barang dapur seoranglah gamaknya.

Bila sibuk beli barang, sempat juga mata aku ni ternampak kelibat mamat hensem tu tapi aku malas nak tegur. Yelahkan... mamat tu sombong yang teramat, jadi buang karan saja aku tegur dia.

Masa tengah beratur nak bayar, orang yang depan aku ni, barang sikit saja tapi dia sibuk pula bercerita dengan juruwang tu. Aku tengok lorong bayar sebelah, lebih panjang orang beratur dari bahagian aku. Jadi aku bersabarlah. Bila aku rasa lenguh angkat bakul yang dipenuhi dengan barang-barang yang nak aku bayar ni dan orang yang depan aku ni masih khusyuk bercerita dengan juruwang dia sekali, hati aku dah mendidih panas.

“ Cik kak, kalau nak bercerita tunggu masa dia break. Sekarang ni dia tengah bekerja. Tak tengok ke orang dah panjang beratur ni? Agak-agaklah kalau nak bercerita tu!”
Terus terdiam perempuan dihadapan aku ni. Dia jeling aku sebelum dia pergi. Pirahh!! Ingat aku takut.

Aku letakkan bakul aku dengan kuat, terkejut juruwang tu dek hempasan yang kuat dari bakul tu. Nasib baik tak pecah bakul tu, kalau pecah, buat malu saja nak tunjuk lagak. Nanti disuruh pula bayar ganti rugi.

“ Cik... Kalau hanya nak bercerita lebih baik duduk dekat rumah, buat persidangan sendiri dekat sana. Jangan menyusahkan orang lain! Tauke kedai ni pun tak buat macam apa yang cik buat ni tahu! Dah lah buka counter dua lorong saja. Tak nampak ke orang ramai ni? Pekerja aje ramai tapi ramai yang makan gaji buta!”

“ Maaflah...”
Jawab juruwang itu sambil lewa. Ini yang buat aku semakin geram ni. Tengok umur macam lebih kurang sama saja dengan aku.

“ Ini ke cara awak minta maaf? Saya nak awak minta maaf dekat semua orang yang beratur ni. Kalau tak, panggil manager awak sekarang jugak. Saya nak jumpa!”

Aku mahu dia minta maaf dengan semua orang yang beratur dalam lorongan kami ni. Bukan aku tak dengar yang mereka juga merungut cuma tak nak menegur saja. Sampai bila tak nak tegur dengan sikap dia orang ni? Nanti mereka semakin menjadi-jadi. Aku tengok pun mamat hensem tu beratur di tempat lorong aku ni. Ahh... Aku peduli apa! Biar dia tengok aku ni macam mana orangnya.

Setelah aku pastikan yang juruwang tu sudah meminta maaf kepada pembeli yang beratur tadi, jadi aku berikan dia sedikit nasihat lagi.

“ Lain kali, kalau nak minta maaf tu biar ikhlas. Jangan buat sambil lewa. Dah sakitkan hati orang, kenalah tahu macam mana nak minta maaf. Saya minta maaflah jika tindakkan saya ni memalukan awak tapi anggap saja ini sebagai pengajaran. Nasihatkan juga kawan awak tu dan bagitahu dia, jangan buat kedai ni macam dia yang punya”

Selepas aku lontarkan kata-kata pedas aku, aku terus jalan keluar dari kedai tu. Dah lah mood aku nak membeli-belah tak ada, ditemukan pula dengan dua makhluk yang menyakitkan hati. Puas hati aku!


......................


Keesokkan harinya, aku terpaksa awal datang sebab kunci pintu aku yang pegang. Kak Senah cuti jadi akulah orang yang ganti tempat dia. Mawar pun belum datang kerja lagi. Sementara nak buka kedai, aku sempat membersihkan apa yang patut. Dalam sibuk mengelap cermin, ada orang ketuk pintu kedai. Aku tengok mamat hensem tu yang datang. Apa dia nak pagi-pagi ni? Tak ke dia nampak tanda ‘Closed’ tu? Aku buka pintu kedai tapi aku yang keluar.

“ Maaflah encik, belum buka lagilah”

“ No... It’s not what I want...”
Tengok, dia dah cakap bahasa asing itu lagi. Berlagak tahap gaban betul lah mamat ni.

“ BM please...”
Hah! Kena kau. Orang dahlah tak lancar cakap dalam bahasa tu.

“ Sorry... Sebenarnya, saya nak jumpa awak. Nak minta tolong... Err...”
Aku tengok lelaki ni dah gelisah semacam. Dia meraup mukanya banyak kali. Apa masalah lelaki ni sebenarnya? Alhamdulillah, Mawar dengan Nila dah sampai. Mereka kelihatan hairan bila mamat hensem ni sudah terpacak dihadapan kedai.

“ Boleh tak?”
Boleh ke tidak ni? Bukan aku kenal dengan mamat ni pun. Kalau aku tak tolong pun, tidak mengapa. Tapi kasihan pula, aku dengar dulu apa masalahnya lepas tu baru aku buat keputusan. Nak tolong ke tidak.

“ Saya nak tahu dulu pertolongan yang macam mana encik nak. Kalau tak berpatutan, minta maaflah tak dapat din nak menolong”

“ Okey.. Kita bincang dekat restaurant sebelah ni”
Aku bersetuju, lalu memberitahu kepada Mawar yang aku nak jumpa mamat tu. Mawar dah jadi wartawan tak berbayar, sibuk bertanyakan itu ini. Siap nak temankan aku lagi. Jadi siapa nak jaga kedai? Ini pun aku kena kerja lebih masa ni, kalau aku dah melepak dengan mamat ni.

Mamat ni suruh aku order, jadi aku orderlah apa yang patut. Rezeki di pagi hari ni, jangan tolak. Lagipun memang aku belum sarapan akibat nak datang kerja awal. Setelah mengoder, aku mengadap wajah mamat ni. Memang hensemlah. Berpakaian pun smart. Memang ciri-ciri lelaki kaya yang aku selalu tengok dalam drama korea.

“ Encik...”
Aku tegur dia bila tengok dia masih belum memulakan bicaranya.

“ Okay... Let me... Err tak.. Maksud saya biarlah saya berterus terang. Saya nak minta tolong awak menyamar jadi girlfriend saya”

“ Apa?!!”
Orang sekeliling kami dah pandang-pandang bila mendengar aku seakan menjerit. Gila! Terkejut beruk aku dibuatnya. Mamat ni dah jadi setengah ke apa?

“ Sorry... Mungkin permintaan saya ni macam tak logik saja tapi memang saya terdesak sangat”

“ Memang pun tak logik, tak masuk akal betul!”

“ Tapi saya... nak kan awak yang jadi penyamar tu”
Dia ingat aku ni ada bakat dalam lakonan ke? Ini namanya kerja gila!

“ Apa masalah encik ni sebenarnya? Nak menyamar dekat siapa? Takkan encik tak ada kawan perempuan untuk dijadikan girlfriend encik? Saya pun tak kenal lagi encik ni orang baik ke tidak. Tiba-tiba nak minta tolong yang bukan-bukan”
Bertalu-talu soalan aku lemparkan dekat dia.

“ Saya baru saja datang ke pekan ni, tak sampai sebulan. Tak kenal ramai orang pun. Saya pindah ke sini disebabkan mama saya. Mama selalu saja mendesak saya untuk berkahwin tapi apa yang saya tak tahan bila dia yang menentukan bakal isteri saya.

Baru dua hari lepas mama telefon saya suruh saya balik KL untuk jumpa dengan calon pilihannya. Kali ni dia nekad kalau sekiranya saya menolak pillihan dia juga, dia tak akan mengalah lagi tapi bila saya kata yang saya dah ada pilihan dekat sini, dia nak jumpa siapa pilihan saya tu.”

“ Dah tu pilihan encik siapa? Umur encik ni dah berapa sebenarnya? Encik ni tak pernah ada kekasih ke? Sampai mama encik yang carikan perempuan untuk encik. Susah saya nak terima benda-benda macam ni, zaman yang serba moden ni masih ada lagi mak bapak menentukan jodoh untuk anak”

“ Sebenarnya saya cakap saja tapi tak sangka pulak mama saya nak datang sini jumpa pilihan saya tu. Memang saya tak ada pilihan langsung! Umur saya dah 3o. Saya pernah ada kekasih empat tahun yang lalu tapi dia hanya orang biasa. Mama memang tak setuju, dia menentang sehabisnya. Halangan demi halangan menimpa kami sehingga Aliya tak sanggup untuk hadapi lagi. Akhirnya kami berpisah”

“ Encik muda lagilah... Macam terdesak sangat mama encik tu”

“ Sebab dia tak nak saya pilih perempuan yang bukan-bukan. Tolonglah saya kali ni. Jangan risau, saya akan bayar awak. Kira awak kerja dengan saya lah ni”

“ Ini bukan masalah bayar ke apa ni, ini masalah besar ni encik. Encik ingat senang ke? Dahlah mulut saya ni jahat, saya takut tak terkawal kalau mama encik cakap yang bukan-bukan nanti lagi pun saya ni orang kampung encik”

“ Itulah yang saya nak... Orang kampung dan berani bersuara. Bukan saya suruh awak berkurang ajar dengan mama saya cuma saya nak dia sedar. Tak semestinya pilihan dia tepat. Saya tahu awak jenis yang menegakkan pendirian. Lantang bersuara. Itu yang saya nak”
Aduhh! Pening betul aku dibuatnya.

“ Bagilah saya masa encik. Saya kena fikir baik buruk dikemudian hari”

“ Okay... Saya akan bayar awak 5 ribu ringgit sebulan kalau awak setuju”
Bulat mata aku mendengar bila dia sebut 5 ribu ringgit. Sabar... Jangan gelojoh sangat Hana, kena fikirkan sebaiknya.

“ Dahlah, saya nak makanlah encik. Dah lapar sangat ni”
Aku makan macam tak ingat dunia. Bila mata aku melirik dia sekilas, aku tengok dia tak makan, hanya melihat aku. Ahhh... Malas nak ambil peduli. Bukan boleh kenyang kalau hanya nak tengok orang.

Ketika dia hantar aku dekat pintu kedai, akhirnya terluahlah juga apa yang aku fikirkan semasa makan tadi.

“ Berapa lama saya kena menyamar ni encik?”

“ Dalam sebulan dua... Sehingga mama saya tak mendesak saya lagilah. Macam mana, awak setuju?”
Laju aku menggeleng. Orang nak tanya saja, terdesak betul lah mamat ni.

“ Saya fikir dululah encik. Hmm... Lupa pulak saya nak tanya, nama encik siapa? Kerja dekat mana ni?”
Aku terpaksa mendongak untuk melihat wajah lelaki depan aku ni. Huihh! Tinggi betul!

“ Ingatkan awak tak nak tahu. Nama saya, Tuan Ameer Izzul Haq Tuan Aminuddin. Kerja dekat chalet pekan ni”

“ Mak aihh... Panjang betui nama encik tu... Jadi maknanya chalet dekat pekan ni, encik la punya?”

“ Tak... Papa saya yang punya. Saya kerja saja. Nama awak Ayu kan?”
Alahh... Sama saja. Dah papa dia yang punya, takkan nak kasi orang lain kot.. Apa bengang punya jawapanlah.

“ Ayu Syuhana. Panggil aje Hana”

“ Okey, saya panggil awak Ayu. Biar lain dari yang lain. Saya pergi kerja dulu. Esok saya datang lagi untuk dapatkan jawapan dari awak”
Aku hanya mengangguk. Pergilah! Mengada saja dia panggil aku Ayu, orang dah suruh dia panggil Hana, Ayu juga yang dipilihnya.

Tidurku memang tak lena malam tu. Banyak yang aku fikirkan, mana nak dapat duit 5 ribu ringgit dalam masa sebulan, duit simpanan aku pun tak sampai ke angka tu. Mungkin bagi orang lain, 5 ribu ringgit tu tak adalah banyak sangat tapi bagi aku yang tak pernah pegang duit sebanyak tu, kira sudah memadailah. Kerja aku cuma menyamar saja bukan buat kerja yang tak senonoh. Lagipun aku tengah tolong orang ni, kira okeylah kan. Muktamad! Aku akan tolong dia.


......................


Seperti apa yang dijanjikan, Ameer datang menemuiku.

“ Macam mana? Awak dah ada jawapan?”

“ Dah ada. Saya setuju nak tolong encik. Tapi di sini saya nak bagitahu encik, encik kena tanggung kalau nanti melibatkan perasaan saya. Yelahkan... Dalam cerita pun selalunya kes-kes menyamar ni akhirnya akan melibatkan perasaan. Ini berdasarkan apa yang saya tengok dan bacalah”
Berlapis-lapis kerutan di dahinya tanda tak faham apa yang aku katakan.

“ Awak ni mesti selalu tengok drama ni. Jangan fikir yang bukan-bukanlah, tak kan dalam masa singkat ni akan melibatkan perasaan kita. Mustahil awak tak dapat kawal perasaan awak. Saya yakin, perkara ni tak akan memakan masa yang lama. Jadi isu perasaan itu tak akan muncul”

Yakin betul mamat ni. Aku tahulah yang aku ni bukan perempuan yang sesuai untuk bergandingan dengan dia tapi aku cuma mengandaikan saja. Memanglah hari ini aku tak ada perasaan dekat dia tapi kalau perasaan itu muncul dikemudian hari macam mana? Aku tak jamin dengan hati aku ni, dahlah berurusan dengan lelaki hensem, sekuat mana pun hati wanita tu, ianya akan rapuh juga kalau dihidangkan dengan layanan yang baik.

“ Kalau macam tu cakap encik, saya layanlah. Saya cuma cakap saja. Harap nanti perkara tu tak akan terjadi. Bila saya mula ni encik?”

“ Saya nak awak mula hari ni. Hujung minggu ni mama dan papa saya datang sini. So kita dah tak banyak masa. Saya nak awak tahu semua tentang saya, cerita tentang hubungan kita. Kalau boleh, awak ambil cutilah ye. Saya nak awak tumpukan perhatian awak dekat saya”

Aku ikut juga apa yang dia arahkan. Aku minta cuti seminggu dari ketua aku, nasib baiklah aku ni jenis yang jarang nak cuti jadi ketua aku tak banyak songeh. Cuma Mawar saja hairan dengan aku tapi aku bagitahu dia yang aku ada hal. Malas nak buka cerita.

Hari pertama aku mulakan tugas, dia dah bayar aku. Mulanya aku menolak tapi dia kata, dia percayakan aku. Jadi duit 5 ribu ringgit sudah ada dalam akaun bank aku. Dia bawa aku datang ke chaletnya, rasa takut tu adalah juga sebab... Ahhh.... faham-faham sajalah, aku baru saja kenal dia tapi sudah berani ikut dia ke sana ke mari. Kalau emak dengan ayah aku tahu, memang naya aku kena ni.

Bila sampai chalet, dia kenalkan aku kepada pembantu dia.

“ Redhuan, ini bakal isteri saya. Ayu Syuhana. Ayu, ini pembantu abang, Redhuan”
Abang? Meremang bulu roma aku bila dia sebut ‘abang’ tu. Tapi aku layan sajalah. Aku menundukkan sedikit kepalaku dan senyuman menghiasi bibirku.

“ Pesan dekat Kamariah, suruh dia sediakan makanan dan minuman untuk saya dan Ayu ye. Kalau ada apa-apa masalah, datang ke pejabat saya”

Bila sampai dalam pejabatnya, dia memulakan kerjanya dan aku pula hanya duduk di sofa berdepanan dengan meja kerjanya. Bosan betul! Ingatkan dia nak bincang tentang apa yang patut dibincangkan. Bila mata semakin layu, Ameer pula tiba-tiba duduk dihadapanku. Terus aku menegakkan badan, yelahkan... tadi hampir terlentok aku dibuatnya. Dia menghulurkan sekeping kertas kepadaku.

“ Awak baca ni dan hafalkan. Semua ni jalan cerita kita. Saya terangkan hanya secara ringkas selainnya ikut kepandaian awak untuk menjawab pertanyaan mama saya nanti”

“ Okey!”

Tak adalah aku bosan sangat kalau awal tadi dia bagi kertas ni. Aku membaca dengan teliti apa yang dia tulis ni. Pandai juga dia ni buat cerita. Dia kata kami kenal 6 bulan yang lalu, jumpa di Bukit Bintang masa tengah jalan-jalan tu. Kiranya dia jatuh cinta pada pandangan pertama. Perghh! Cerita yang memang agak mengarut! Nak tergelak aku baca. Hampir 2 tahun aku tak pergi ke Kuala Lumpur, rangka-rangka Bukit Bintang pun aku masih tak terbayang lagi ni.

Aku cuba melihat dia, dia merenungku sambil badan menyandar ke sofa dan tangan bersilang. Dia betul-betul nampak berkarisma. Kedengaran dia berdehem, itu amaran supaya aku jangan merenung dia. Elehh... Macamlah aku ni kemaruk sangat nak tengok dia. Dia boleh pula tengok aku, bila aku tengok dia, tak boleh pula. Aku sambung lagi bacaanku.

Dia anak bongsu dari 3 adik-beradik. Semua lelaki. Makanan dan minuman kegemaran pun dia bagitahu. Ehh.. Yang ni pun perlu ke? Macam baca biodata budak-budak aku rasakan. Akhirnya aku tergelak tapi cepat tanganku menutup mulut bila dia tengok aku dengan tajam. Alah... Aku tak takutlah.

“ Encik ni memang susah nak senyum ke? Bukan apa, saya tak nak lah nanti bila saya bagai nak rak berlakon tapi di sebabkan muka encik yang sentiasa serius ni akan menghancur drama sebabak kita. Nanti mama encik tak percaya pula. Sekurang-kurangnya senyumlah sikit”

“ Itu saya tahulah nak buat apa nanti. So sekarang, cuba cerita serba sedikit tentang awak. Umur dah berapa ni?”

“ Umur saya baru saja masuk 23 tahun. Pendidikan memang tak tinggilah, setakat SPM saja. Adik-beradik saya ramai, 7 orang. Saya juga merupakan anak bongsu. Makanan dan minuman kegemaran tak payah nak bagitahulah sebab saya ni jenis yang ngap aje kecuali makanan dan minuman terlarang dan dilarang. Itu saja kut... Tak ada yang menarik tentang saya ni encik”

Dia melonggarkan tali lehernya, mungkin geram dengan kata-kata aku... Hehe. Memang aku nak sindir dia sebenarnya. Akhirnya dia berdiri dan mencapai kunci kereta di atas meja kerjanya.

“ Jom!”
Aku memandangnya hairan.

“ Jom?”

“ Kita ambik gambar untuk saya letak dekat bilik tidur saya dan kat sini. Lepas tu saya hantar awak balik”
Bila aku dengar dia kata nak hantar aku balik, terus aku bersuara.

“ Tak boleh! Tak boleh encik... naya nanti. Saya ni orang kampung encik bukan orang Bandar. Bila mak ngan ayah saya tahu yang saya ada kawan lelaki, mesti mereka suruh yang bukan-bukan nanti. Maksud saya, sesuatu ikatan. Macam kakak saya, baru je kenalkan kawan dia, ayah saya dah suruh masuk meminang. Orang yang macam saya ni hanya tunggu untuk kahwin saja lagi. Jadi kalau rasa tak nak menjerat diri sendiri lebih baik jangan biarkan mak dengan ayah saya tahu”

“ Pekan ni tak besar Ayu, lambat laun nanti parents awak akan tahu juga. Bagitahu saja mereka yang awak sedang mengenali hati budi saya. Saya tak nak nanti parents awak menyamuk pula bila dia dengar dari mulut orang lain yang awak selalu keluar dengan saya. Pasal ikatan segala macam tu, biar saya saja yang tanggung. Saya akan discuss dengan parents awak nanti”

Betul juga cakap dia tu, kalau emak dan ayah tahu dari mulut orang lain mesti bertambah parah lagi. Lebih baik bagitahu awal, senang cerita. Yang lain tu, biar aku serah saja pada dia. Orang pandailah kan... Akal pun tinggi melangit, bukan macam aku ni, cetek saja.

“ Kalau macam tu cakap encik, saya ikut saja. Janji encik tanggung sendiri nanti. Pasal ambik gambar tu, takkan nak pergi studio segala? Guna iPhone encik tu dah memadai. Edit bagi elok sikit dan lepas tu print guna paper gambar. Habis cerita”
Nampaknya dia tengah berfikir. Akhirnya dia mengangguk tanda setuju.

Masa tengah posing nak ambil gambar, kami sempat bertengkar. Mana tidaknya, dah dia bergambar macam bergambar dengan musuh. Serius! Dah lah aku juga yang tukang ambil gambar, ini kira ambil gambar sendirilah ni. Setelah meneliti semua gambar yang kami ambil, aku membuat keputusan untuk mengambil hanya satu gambar. Yang lain sudah aku buang. Bahaya simpan gambar banyak-banyak. Cukup satu saja.

Gambar yang aku ambil ni macam sweet sangat. Aku dengan gaya aku yang buat muka comel sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitku dan dia pula seakan leka merenungku. Aku pun tak sedar dia buat macam tu. Kedudukan kami tak adalah dekat sangat, aku pun tahu batas-batas pergaulan ni. Jadi jangan kata aku terlentok sana terlentok sini dekat dia eh...

Masa dia hantar aku balik rumah, ayah aku ketika itu baru saja hendak masuk ke rumah. Habislah aku kali ni... Mesti kena ni. Nasib baik Ameer guna kereta Proton Perdana kalau dia guna kereta dia yang bunyi macam lembu aje bila di sebut tu, naya aku. Ini pun ayah aku sudah panjang leher tengok kereta mahal masuk kawasan rumah. Ayah menghampiri kereta Ameer setelah kereta Ameer elok letaknya. Sebelum keluar kereta, aku sempat berpesan kepada Ameer.

“ Encik jawablah seeloknya. Saya tak nak tanggung”
Terus aku keluar dari kereta Ameer. Ayahku sudah tengok aku semacam.

“ Ayah...”
Sapaku dan terus menyalami tangan ayah.

“ Siapa?”
Tanya ayah.

“ Kawan yah...”
Dalam pada masa yang sama Ameer menghulurkan tangannya kepada ayah lalu tangan ayah disalam dan dicium hormat.

“ Assalamualaikum pak cik. Saya Ameer”

“ Walaikumsalam. Eh jomlah masuk, tak elok berbual di luar ni. Masuk nak...”
Pelawa ayah. Ayah memang macam tu, peramah ada makna tuu...

Kali ni aku berharap sangat yang ayah tak akan buat permintaan yang bukan-bukan sebagaimana yang dia buat dekat kakak aku dulu. Yelah dulu baru saja kak Ain kenalkan abang Mokthar dekat abah, abah dah suruh abang Mokhtar masuk meminang. Nasib baik abang Mokthar dah sedia segala-galanya.
Alasan ayah cuma satu, dia tak nak anak perempuannya jadi buah mulut orang kampung, berjalan ke hulu-hilir dengan lelaki tanpa ikatan. Aku tahulah cuma aku dan kak Ain saja anak perempuan ayah tapi masa tu umur kak Ain muda sangat, baru nak masuk 20 tahun. Aku betul-betul berharap yang perkara tu tak akan terjadi dekat aku.

Emak aku tengok dah sibuk sediakan minuman dan sedikit kuih-muih. Aku bukan tak nak menolong emak cuma aku tak nak terlepas dengar perbualan ayahku dengan Ameer.

“ Macam mana kenal si Ayu Syuhana ni?”
Ayah... Kalau tak panggil dengan nama penuh, memang tak sah. Nasib baik telinga kami adik-beradik ni sudah lali mendengar panggilan ayah tu dan nasib baik juga nama aku tidak sepanjang nama Ameer ni, kalau tak lenguh juga ayah nak sebut.

“ Saya kenal Ayu dari tempat dia bekerja pak cik”

“ Ini kenal-kenal cuma nak berkawan ke atau lebih dari kawan? Pak cik ni bukan apa... Faham-faham sajalah adat berkampung ni. Mulut orang memang susah nak tutup jadi kalau setakat berkawan tu rasanya tak elok di bawa si Ayu Syuhana ni ke hulu-hilir. Bukan pak cik tak suruh kamu berkawan dengan dia tapi biarlah jumpa tu di rumah ni saja. Kalau nak lebih dari kawan, biarlah ada ikatan. Jadi tak adalah orang nak mengata”

Hah... tengok, ayah aku dah berterus-terang. Dia ni memang sama macam aku juga, suka berterus-terang. Tak ada kata bermadah segala macam ni. Aku tengok Ameer hanya tenang menghirup kopi panas yang disediakan oleh emak.

“ Macam ni pak cik... Saya sayangkan Ayu ni tapi Ayu yang nak kami kenal hati budi dulu. Kalau di pihak saya, memang saya tak kisah untuk adakan ikatan ni cuma masalahnya sekarang, Ayu yang tak bersedia. Jadi untuk mengelakkan salah faham dikemudian hari, saya nak pak cik tahu siapa dengan Ayu berkawan ketika ini. Jadi jika ada yang nampak pun sekurang-kurangnya pak cik dan mak cik tahu, itu adalah saya”

Siot!!! Pandai betul dia lari dari masalah. Semua dia letak dekat aku. Pasti lepas ni, aku pula yang akan dihujani dengan soalan dari ayahku.

“ Kenapa pula Ayu Syuhana tak bersedia? Pihak lelaki dah setuju, dia pula yang banyak ragamnya”
Tengok, ayah aku dah mula salahkan aku. Aku tak kira! Aku nak kenakan dia balik.

“ Ayah... Hana bukan macam kak Ain. Cinta sama cinta. Ameer ni yang terlebih cintakan Hana. Hana dah pernah tolak cinta dia tapi disebabkan dia merayu dekat Hana jadi Hana pun kesianlah tengok dia. Dia sanggup pindah dari KL ke sini hanya disebabkan Hana. Jadi Hana bagi dia peluang, Hana nak kenal hati budi dia dulu lepas tu baru Hana buat keputusan. Bagilah kami masa untuk kenal satu sama yang lain ayah... Ada jodoh ke, tak ada jodoh ke, itu belakang kira. Janji ayah berikan kami masa”

Aku tersenyum penuh makna kearah Ameer dan dia pula merenungku tanpa berkelip. Aku faham dengan renungannya itu. Tanda tidak puas hati dengan kata-kataku. Hahaha. Rasa nak gelak sakan aku dibuatnya.

Ayah diam sekejap, dia menoleh emak. Mak hanya mengangguk, tanda setuju dengan permintaanku. Setelah menimbang baik buruk akhirnya ayah pun setuju tapi dengan syarat, setiap kali aku hendak keluar jalan dengan Ameer mesti beritahu dia dulu. Itu bermakna jika berlaku apa-apa terhadapku, Ameer akan di suruh untuk bertanggungjawab. Bukan aku nak minta-minta cuma itulah pemikiran ayahku.

Selepas tu aku dah malas nak layan dah. Aku pasti, ayah aku tak akan paksa aku berkahwin dengan Ameer dalam masa terdekat ni. Jadi pandai-pandailah kau bodek emak dan ayah aku yer Encik Ameer.


.......................


Hari kemuncak sudah datang menjelma. Mama dan papa Ameer akan tiba tak lama lagi. Aku sudah bersedia menunggu di chalet bersama dengan Ameer. Hari ini aku nampak cantik sangat sebab aku pakai baju mahal yang dihadiahkan oleh Ameer. Shawl aku lilit macam style Yuna tu. Nampak comel sangatlah aku hari ni. Hehe... Bajet bagus sikit. Tak mengapa, puji sekali-sekala.

“ Jangan lupa panggil saya abang dan bukan encik. Kalau saya dengar awak panggil saya encik, tahulah apa nasib awak nanti”
Aku buat muka bila dia tegur aku tu. Macamlah aku gerun dengan kata amaran dia tu.

Aku sudah nampak kelibat mama dan papa Ameer yang ditemani lagi dengan seorang wanita tinggi lampai. Cantik persis model. Keluhan berat kedengaran dari mulut Ameer. Ameer mencapai jari-jemari kananku lalu digenggamnya erat. Ketika itu seperti peredaran darahku mati mengejut, tak ku sangka yang dia hendak buat sebegitu. Hishh! Kau ni Hana, tolong jangan kalut sangat. Buat macam biasa aje lah!

“ Assalamualaikum papa”
Sapa Ameer lalu memeluk erat papanya. Ameer menyalami mamanya. Aku hanya mengikut rentak Ameer tapi tak adalah sampai aku peluk juga papa Ameer tu cuma bersalaman tanda hormat.

“ Sayang, ini papa abang. My best papa”
Itulah kata Ameer sebelum aku menyalami papanya.

“ Manis bakal menantu papa ni”
Ramah papa Ameer memujiku. Belum sempat nak kembang sana-sini, deheman yang keras dari mama Ameer merosakkan situasi.

“ Ini mama abang”

“ Apa khabar mak cik?”
Saja nak berbahasa. Aku tahulah mama Ameer ni meluat tengok aku. Dia sambut huluran tangan aku macam nak tak nak saja, dah tu cepat saja dia melarikan tangannya dari sempat aku cium. Geram juga aku dibuatnya. Rasa nak saja aku gigit tangannya tu, biar melekat tak lari-lari.

“ Ameer masih kenal dengan Putri? Ala.. yang dulu selalu je temankan Ameer masa zaman remaja Ameer tapi Putri masih budak masa tu. Kan dulu Ameer pernah janji nak kahwin dengan Putri”
Beritahu mama Ameer. Perempuan yang nama Putri tu hanya tersenyum malu.

“ I don’t remember her mama and about the promise... Is that true? Or mama sendiri yang buat janji tu... Macam selalu”
Mama Ameer menjeling tajam. Terkena dengan kata-kata anak sendiri.

“ Yang ni bakal menantu pilihan aku, Putri Dylaila Dato’ Yusof”
Kini tumpuan untuk aku. Putri sudah menghulurkan tangan.

“ Nice to meet you”
Aku hanya tersenyum dan huluran tangan itu aku sambut.

“ Saya bakal isteri pilihan abang Ameer. Salam perkenalan”
Bulat mata kedua-dua perempuan depan aku ni. Terpancar geram di wajah masing-masing. Kau orang belum kenal siapa aku lagi. Ini baru saja intro. Padan muka! Aku melihat papa Ameer yang seakan menahan tawa. Mungkin papa Ameer tidak sekepala dengan mama Ameer kut...

Masa makan tengah hari tu, aku makan dengan sopan sekali. Sebab awal-awal lagi Ameer sudah berikan kata amaran. Katanya, makan tu ingat-ingat orang sekeliling. Ameer ketika itu tunjukkan bakat lakonannya. Manja yang amat, naik meluat aku di buatnya. Sekejap minta tambah nasilah, minumanlah. Macam-macam!

“ Putri ni baru saja balik dari Manchester. She’s a designer. Kamu pulak aku dengar setakat SPM. Macam mana pulak Ameer boleh melekat dengan kamu ni? Dah terkena kut..”

Disebabkan sakit hati melihat drama sebabak aku dengan Ameer, mama Ameer mula bersuara. Mulanya Ameer hendak menjawab kata-kata mamanya tapi aku menegah. Papa Ameer juga kelihatan tidak menyukai kata-kata yang dilemparkan isterinya itu.

“ Tak apa abang... Kan soalan tu untuk saya. Biar saya saja yang jawab”
Sedaya upaya aku mengawal suaraku. Biar kedengaran lembut tapi hakikat yang sebenar kalau aku tak menyamar masa ni, memang pecah juga gegendang telinga mama Ameer ni kalau aku menjerit. Sabar Hana.. Tarik nafas..

“ Mak cik... Memang tahap pendidikan saya setakat SPM. Mungkin saya ni kurang pandai berbanding dengan cik Putri ni tapi kita hidup dengan menggunakan akal fikiran. Tinggi macam mana sekalipun pendidikan seseorang itu kalau tak gunakan akal untuk berfikir, susah juga mak cik. Pasal abang pula, dia melekat ke, tak melekat ke, itu urusan Allah mak cik. DIA yang menentukan pertemuan kami jadi saya tak berani nak kata lebih”

Aku menoleh Ameer. Dia tersenyum memandangku. Mak aihh! Pertama kali tengok dia senyum macam tu dekat aku. Alamat tak tidurlah aku malam ni asyik teringatkan senyuman dia.

“ Kurang ajar kamu ya! Kau ingat aku ni tak guna akal? Hei kau dengar baik-baik eh, jangan kau ingat kau tu pilihan anak aku, aku akan setuju. Budak kampung macam kau memang tak layak sangat dengan anak aku!”

“ Mama!”
“ Asmah!”
Serentak Ameer dan juga papanya bersuara.

“ Ameer dengar sini. Dia memang tak layak untuk Meer. Mama tak setuju! Kalau Ameer nak juga dengan dia, mama tak akan maafkan Meer. Perempuan tak sedar diri, berani kau kata macam tu dekat aku!”

Aku hanya buat muka tak bersalah. Walaupun aku geram dengan kata-kata mama Ameer tapi aku tetap juga buat muka selamba.

“ Senang mak cik jatuhkan hukuman untuk abang Ameer kan? Mak cik tak sedar pun keputusan yang mak cik buat tu sebenarnya hanya mementingkan diri mak cik. Saya tak nak cakap dosa pahala ni tapi bila mak cik dah gunakan kuasa mak cik sebagai seorang ibu rasanya tak salah kalau saya memberikan sedikit pendapat.

Memang berdosa seorang anak ingkar dengan kata-kata orang tuanya. Bagi anak lelaki, syurga terletak di bawah kaki ibu. Pernah tak mak cik terfikir dosa yang perlu mak cik tanggung bila anak mak cik tanpa rela berkahwin dengan pilihan mak cik. Sedangkan tidak sah berkahwin dengan cara paksaan terutama lagi bagi lelaki. Adakah mak cik juga akan menanggung jika perkahwinan itu tak bahagia hanya kerana ingin memuaskan hati mak cik?

Saya tak tahu adakah jodoh saya akan kekal dengan abang Ameer sebab semua tu hanya DIA yang mengetahui. Jadi kami sebagai hambaNYA hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah kepadaNYA. Kalau pun saya bukan jodoh abang Ameer, biarlah dia yang membuat pilihan sendiri. Mungkin di luar sana akan ada jodoh untuknya. Dia yang akan menempuhi kehidupan berumah tangga kelak mak cik sebagaimana mak cik dan pak cik menerajuinya bersama”

Panjang lebar aku bercakap. Jadi ustazah aku sekejap tapi terus-terang aku katakan, kata-kataku semuanya keluar dari hati aku seikhlasnya. Tak ada main-main atau nak menyindir. Walaupun aku ni sekolah tak tinggi sampai universiti tapi aku belajar hukum agama ni.

Suasana dimeja makan memang sunyi sepi, aku memandang wajah mama Ameer. Dia mengetap bibirnya tapi kali ni dia hanya diam. Tidak lama selepas itu mama Ameer terus meninggalkan meja makan.

“ Auntie...”
Panggil Putri tapi panggilan itu tidak diendahkan mama Ameer.

“ Putri... You better stay away from this situation. This is about my family matters. You baliklah”
Saran Ameer.

“ Tapi auntie yang ajak I datang sini... How could you to say like that?”
Jawab Putri tanda tidak puas hati dengan saranan Ameer tadi.

“ Kan I nak kenalkan bakal isteri I dekat my parents. Mustahil you tak tahu. I tahu ini cuma rancangan mama sebab tu dia bawa you sekali. So baliklah... I akan suruh driver hantar you balik KL”
Terus Putri bangkit dari kerusi dan meninggalkan meja makan. Nampak sangat Putri marah dan kecewa dengan sikap Ameer. Aku pula hanya diam, tak ada selera nak makan lagi. Memang aku dah agak situasi macam ini akan berlaku.

“ Pak cik minta maaf bagi pihak mama Ameer. Pak cik pun tak tahu nak kata apa dengan mama Ameer tu. Abang-abang Ameer pun dulu kahwin dengan pilihannya. Nasib baik Ammar juga menyukai pilihannya tapi nasib tidak menyebelahi abang yang sulung, Amrie. Tak sampai setahun kahwin akhirnya bercerai tapi Alhamdulillah, sekarang Amrie dah bahagia dengan pilihan sendiri. Pak cik tak akan menghalang jika kamu benar-benar ingin bersama Ameer. Pak cik akan sokong dan tolong kamu”
Wahh! Ini yang buat aku terharu, papa Ameer siap nak sokong dan tolong aku lagi.

“ Ameer... Jadikan yang dulu tu sebagai pengajaran. Jangan berputus asa kali ni. Just remember, Papa will always supporting you son. Pasal mama, jangan risau. Lama-lama sejuklah dia nanti. Ini pun papa nak pujuk dia, nanti memanjang pulak marahnya. Papa nak cari mama dulu Ameer, Ayu”

Aku hanya memerhatikan papa Ameer berlalu pergi sehingga bayangannya tidak kelihatan. Kini tinggal aku dan Ameer saja lagi.

“ Abang minta maaf bagi pihak mama sekali lagi. Abang tahu kata-kata mama tadi tu sedikit sebanyak menyakitkan hati Ayu”
Ameer merenungku. Mungkin ingin melihat reaksiku macam mana.

“ Tak apa encik. Saya tak kisah. Saya ni jenis yang tahan pukul dengan kata-kata orang sebab saya ni jugak jenis yang pukul balik. Tak akan berdiam diri kecuali kalau benar saya yang bersalah”
Ameer menjentik hidungku dengan lembut. Bulat terus mataku bila dia buat macam tu. Aku menggosok hidungku perlahan.

“ Apa encik ni, main jentik-jentik pulak? Sakit la! Dah buang tabiat ke?”
Sebenarnya tak adalah sakit cuma saja... hehe.

“ Apa abang cakap tadi? Jangan panggil encikkan? Nak abang jentik mulut Ayu tu lagi”
Terus tanganku laju menutup mulut. Mungkin disebabkan reaksiku seakan kalut, akhirnya dia ketawa. Tak berkelip mataku tengok dia ketawa tu. Hensem!

“ Eleh... tak payahlah nak ber ‘abang-abang’. Mama encik tak ada pun”

“ Kalau dia datang mengejut macam mana? Abang tak kira, Ayu kena panggil ‘abang’ jugak. Kalau degil, lebih dari jentik akan abang buat. Cubalah...”
Cabar Ameer. Aku hanya mencebik. Kau ingat, aku takut?

“ En...”
Mulanya aku hendak bergurau nak panggil dia ‘encik’ tapi bila dia menghadangkan tangannya ke kerusiku dan wajahnya menghampiri wajahku, terus aku tunduk memejamkan mata dan bersuara.

“ Okey! Maaf! Saya akan panggil abang. Tak ada dah ‘encik’. Jadi abang jangan buat kerja gila macam ni. Saya cuma nak gurau je tadi”

Hah! Tahu pun aku takut. Ameer siap bantai gelak sorang. Hai... Gembira nampak Ameer hari ni. Dah buang tabiat ke apa? Malas nak layan dia, aku terus tinggalkan dia. Dia panggil aku pun, aku tak layan. Lebih baik aku bersiap sedia untuk solat dari layan dia yang agak berbeza kali ni.


........................


“ Keluarga encik dah balik?”
Tanpa jawapan, Ameer merenungku tajam. Eerkk... Apa hal pula ni? Jadi aku teringat tentang ‘encik’ dan ‘abang’.

“ Opps! Lupa. Keluarga abang dah balik?”
Aku tengok Ameer hanya mengangguk perlahan.

“ Selamaattt..”

Apa tak selamatnya, dalam tiga hari itu juga aku terpaksa layan kerenah Ameer yang tak serupa macam lelaki dewasa. Macam budak-budak! Manja! Lagi pula aku tak tahan dengan panahan mata mama Ameer, menakutkan! Sudahlah setiap kali aku nak bercakap dengan dia, dia terus cakap dengan orang lain. Nampak sangat dia benci aku tu. Si Putri pula sudah balik KL walaupun mama Ameer cuba menahannya. Tahu juga malu perempuan tu.

“ Apa yang selamat?”

“ Err... Yalah tak payah nak berlakon lagi dengan encik. Saya pun tak perlu panggil encik dengan panggilan abang. Meremang weii...”

“ No! Panggilan tu tetap diteruskan. Sebab... Err... Saya tahu mama saya akan pasang spy. She will do anything! So, jangan nak berdegil. Meremang ke, menggelegak ke, saya tak peduli. Biasakan dengan panggilan itu”
Aku tengok Ameer dengan pandangan tidak puas hati. Tak kan sampai pasang spy? Berlebih betul mama Ameer ni!

“ Terasa hati saya ni bila keluarga aa..bang balik tak bagitahu saya pun. Nampak sangat mama abang tu bencikan saya. Dah tu balik pun pagi-pagi buta”

“ Tapi papa saya tak macam tu. Dia sukakan Ayu. Nantilah saya pujuk dia. Saya nak dia terima Ayu juga!”
Aku tengok Ameer bersungguh-sungguh melemparkan kata-katanya. Pelik juga aku, perkara ni hanya sementara jadi tak payahlah bersungguh-sungguh.

“ Tak apalah abang. Kita pun sekejap aje. Dia terima ke, tak terima ke, tak menjadi masalah buat saya. Paling lama pun kita macam ni 2 bulan saja jadi dalam masa tu abang carilah perempuan untuk dijadikan suri hati abang”
Ameer mendengus kasar. Heh! Apa kes ni?

“ Ayu tak nak jadi suri hati abang?”
Aku gelak sakan bila dia cakap macam tu. Ini kes terdesak sangat ni. Aduii..

“ Abang ni kelakarlah! Ada ke patut saya ni jadi suri hati dia. Hish.. Hish.. Hish.. Saya nak jadi Surihani boleh?”
Aku gelak lagi walaupun dia dah tunjuk muka ketat dia.

“ Ayu kena ingat, kita mesti jumpa hari-hari sebab saya tahu mama mesti arahkan salah seorang pekerja saya jadi spy. Jadi Ayu kena buat sebagaimana yang Ayu lakukan semasa mama saya ada. Ingat! Jangan nak gelak saja. Jom, saya hantar Ayu balik rumah”

Aku mencebik. Huh! Kadang-kadang pasangan kekasih pun tak berjumpa hari-hari. Apa aku nak jawab kalau Mawar tanya? Dia dahlah macam syak sesuatu. Aku tak boleh nak bagitahu hal sebenar sebab mulut Mawar ni tak boleh nak tutup. Nanti dia terlepas cakap dekat mak bapak aku, comfirm naya!

......................


“ Apa sebenarnya hubungan kau dengan mamat hensem tu? Kau kenal dia ke tak ni masa aku tunjukkan dia pada kau? Kalau kau kenal dia, kenapa kau buat-buat tak kenal? Macam pertama kali jumpa dia pula. Sejak bila kau kenal dia ni?”
Baru saja masuk kerja setelah cuti, aku diterjah dengan pelbagai soalan. Lemas aku dibuatnya.

“ Hishh! Kau ni... Naik geram aku dengan soalan kau tu. Aku dah kenal dialah. Saja je buat-buat tak kenal masa kau tunjukkan kat aku tu. Kau jangan nak berlagak tak tahu, macamlah aku tak tahu yang kau cuba risik dekat mak aku. Ertinya, kau dah tahu jalan cerita sebenar”
Mawar tersengih-sengih bila aku cakap macam tu. Sudah tahu nak tanya lagi.

“ Tapikan... yang aku pelik, kau panggil dia encik. Sebab tu aku macam tak percaya yang korang pasangan kekasih”

“ Aku pandai coverlah supaya korang tak tahu. Aku tahu mulut kau tu, bila tahu aje yang aku ada pakwe mesti kau nak report dekat mak aku lepas tu mak pula roger dekat ayah”
Mengekek Mawar ketawa. Sedar tentang dirinya yang tak pandai nak simpan rahsia.

“ Hari tu kan... Orang tu ada kata yang dia tak nak lelaki hensem, dia kata boleh makan hati la, limpa la... lagipun dia kata, dia rela terima Shahrul yang gelap gelita tu”

“ Kau memang niat nak sindir aku kan? Memang pun! Sebenarnya aku lebih suka yang biasa saja. Aku tak memilih sebenarnya tapi kalau diberi pilihan, aku pilihlah. Lagipun Ameer yang suka sangat dekat aku jadi aku tak dapat nak elak”

“ Betul kata Ayu tu... Memang saya yang tergila-gilakan dia”
Erkk! Bila dia ada ni? Kenapa aku tak nampak dia masuk kedai? Si Mawar ni pun satu, patutlah dia tersengih-sengih saja tadi!

“ Aa..bang kenapa tak bagitahu nak datang”
Aduhh.. Ameer ni tengok aku dengan pandangan lembut pula. Hati ini boleh tercair dek renunganmu.

“ Saja abang nak datang jumpa sayang. Dah sarapan?”
Ini lagi satu, tak kan depan Mawar pun nak ber ‘sayang’ segala. Rimas betul lah!

“ Dah”

“ Ye ke? Temankan abang sekejap, boleh? Abang belum sarapan lagi ingatkan nak sarapan dengan sayang”
Aku tengok Mawar dan dia mengisyaratkan yang dia sudah sarapan. Perasan betul Mawar ni, macamlah aku nak bawa dia sekali. Hahaha.

“ Pergilah Hana, aku ganti tempat kau. Tapi jangan lama sangat”
Mawar sanggup menggantikan kerjaku. Akhirnya aku setuju juga menemani Ameer. Ameer ni sebenarnya tak adalah serius mana cuma dia akan berlagak serius bila dia bekerja dan jumpa dengan orang yang dia tak kenal. Itu yang aku perhatikanlah. Selainnya aku tak tahu lagi.


..........................


Hampir dua bulan kami sebegini, aku selesa bersamanya. Kata orang, bila tengok orang yang tak ada kena mengena dalam hidup kita boleh naik jemu juga tapi dengan Ameer tak pula aku rasa macam tu. Hairan! Kadang-kadang Ameer akan singgah kerumah, berbual-bual dengan keluargaku. Sampai-sampai aku rasa nak halau dia balik chalet, dah dia lama sangat lepak dekat rumah aku. Pernah sekali tu dia minta kebenaran nak tidur dirumahku, abah sudah bagi lampu hijau tapi aku yang tak setuju. Gila! Kami cuma berlakon, tak kan sampai macam tu sekali. Aku tak nak bagi harapan palsu dekat mak bapak aku. Kasihan mereka, macam beria sangat nak bermenantukan si Ameer ni. Memang aku akui yang Ameer ni pandai bodek dan pandai ambil hati kedua orang tuaku.

“ Ayu...”
Tegur Ameer bila aku hanya senyap dari kami sampai ke restaurant ini.

“ Kenapa abang nak jumpa ni? Tadikan dah jumpa...”

“ Mama nak hantar rombongan meminang Ayu”

“ Hah?! Apa ni abang? Ini dah lebih! Saya tak sanggup nak kahwin hanya nak berpura-pura. Kita berterus-terang saja dekat keluarga abang dan keluarga saya. Senang cerita. Kalau abang nak teruskan juga, abang carilah orang lain. Saya tak sanggup nak menipu lagi-lagi dalam hal kahwin macam ni. Kalau abang rasa tak puas hati, saya boleh kembalikan duit yang abang bagi tu”
Aku betul-betul tak sanggup! Apa kes mama Ameer tiba-tiba saja nak hantar rombongan? Sejak bila dia terima aku ni?

“ Dah habis cakap?”
Belum sebenarnya tapi aku angguk juga.

“ Now, it’s my turn. Kita kahwin...”
Aku mula nak mencelah bila dia kata ‘kita kahwin’ tapi dia tegah aku.

“ I said, it’s my turn right? So now listen carefully. I want to marry you. Sincere from the bottom of my heart. Ayu buat kehidupan saya jadi tak menentu. I want to meet you every single day. Kalau tak jumpa... It’s like I’m missing something. I don’t know Ayu... I really want you to be mine!”

“ Coppp! Saya tak fahamlah abang! BM berapa patah perkataan aje yang selebihnya semua cakap omputih! Dah lah abang cakap laju sangat”
Naik geram aku bila dia sudah mula cakap bahasa asing tu. Aku betul-betul tak faham, apa yang dia cakap macam tak masuk saja ke telinga aku ni.

“ I love you...”
Terpana aku bila dia kata macam tu. Aku tak adalah dungu sangat sampai tak faham makna ‘I love you’ tapi kenapa dia cakap macam tu? Hati aku sudah mula berdebar kerana inilah pertama kali lelaki cakap ‘I love you’ dekat aku. Mamat-mamat dekat kampung tu cuma pandai mengayat saja.

“ Macam mana mama abang boleh terima saya?”
Aku cuba menukar topic perbualan kami. Bukan apa, aku rasa macam segan pula. Aku dengar dia mengeluh.

“ Pandai tukar topic ye... Tak apa. Ermmm.. Baru sekejap tadi papa ada telefon bagitahu yang minggu lepas mama kena ragut tapi nasib baik mama tak apa-apa. Saya pun terkejut bila tak ada siapa pun yang bagitahu saya tentang ni. Kata papa, mama dah banyak berubah setelah kes ragut tu. Mungkin mama rasa malu bila perempuan pilihannya terang-terangan tak menolong dia ketika kes ragut tu. Putri langsung tak tolong mama ketika pergelutan tu sebaliknya dia melarikan diri. Nasib baik ada hamba Allah yang datang menolong”

“ MasyaAllah! Abang pergilah balik KL. Kasihan mama abang. Jadi sempat tak peragut tu ambik apa-apa?”

“ Memang abang nak balik sebab tu abang nak jumpa Ayu. Kata papa, beg tangan mama dengan rantai dah lenyap tapi semua itu tak penting janji mama selamat”
Aku mengangguk mengiyakan. Beg tangan dengan rantai tu, bila-bila masa saja boleh dapat tapi nyawa tak ada galang gantinya.

“ Abang akan balik ke sini pada hari rombongan meminang tu. Mama yang nak sangat majlis kita cepat berlangsung. Dia dah terima Ayu. So sekarang ni abang nak jawapan dari Ayu sebelum abang balik. Papa dan mama pun nak tahu jawapan Ayu. Macam mana?”
Tiba-tiba aku tak tahu nak kata apa dah. Mulut murai aku dah jadi kelu.

“ Ayu..”

“ Bagi saya masa. Saya tak tahu nak bagi jawapan macam mana. Apa yang penting, abang baliklah dulu, tengok keadaan mama abang. Dalam dua tiga hari nanti, insyaAllah saya akan bagi jawapan”
Akhirnya Ameer hanya mengangguk lesu. Sebenarnya banyak persoalan yang aku nak tanya Ameer tapi memandangkan dia hendak balik KL jadi aku rasa biarlah aku simpan dulu soalan-soalan ni. Yang penting dia kena jenguk mama dia dulu.


......................


Sepanjang Ameer balik ke Kuala Lumpur, telefon bimbitku sentiasa menemaniku kemana-mana saja walaupun nak pergi tandas. Haru betul! Ameer sentiasa menghubungi aku, kalau tak dua tiga kali dia telefon dalam sehari memang tak sah! Aku ingat lagi beberapa hari yang lepas, aku ada tanya dia soalan yang sangat penting bagi aku.

“ Sejak bila abang suka saya? Kata dulu tak akan melibatkan perasaan la, mustahil la...”

“ Ini kes nak sindir abang lah ni... Mungkin dulu tu abang terlalu yakin. Tak sampai sehari pun abang cakap pasal tu tapi abang dah jatuh cinta dengan Ayu. Masa kita ambik gambar tu, masa tulah abang rasa lain macam. Mulanya abang tak percaya tapi makin hari abang rasa selesa sangat dengan Ayu. Selesa dengan mulut membebel Ayu tu..”

“ Ehhh... Memandai aje dia kata orang mulut membebel eh. Tapi saya ni tak suka dengan lelaki hensem la, saya ni jenis yang cemburu kalau-kalau ada perempuan yang cuba nak rapat dengan pakwe saya. Lagi-lagi kalau pakwe saya tu pun duk layan perempuan tu”
Pasal tak suka lelaki hensem tu tak ada lah, aku nak acah saja. Siapa yang tak nak lelaki hensemkan?

“ Abang jenis yang setia Ayu. Walaupun Ayu bukan yang pertama bagi abang tapi abang nak Ayu wanita terakhir untuk abang sehingga abang menutup mata. InsyaAllah”


“ Ayu Syuhana ni dari tadi ayah tengok macam tak senang duduk. Kejap-kejap tengok telefon. Kenapa?”
Pecah lamunanku.

“ Tak adalah ayah... Hana masuk bilik dulu eh”
Ayah memandangku hairan. Sebenarnya aku menunggu panggilan dari Ameer tapi sampai sekarang dia tak ada call. Tak kan dia lupa yang hari ni aku nak bagi jawapan aku? Sepatutnya dia berasa teruja untuk mengetahui.


Aku terbangun dari tidur. Aku tengok jam 2.20 pagi, serta merta aku mencapai telefon bimbitku. Tiada pesanan ringkas mahupun panggilan yang tidak berjawab. Aku sudah rasa tidak sedap hati. Kenapa Ameer tidak menghubungiku? Daripada aku tak lena tidur, lebih baik aku menghubunginya.

“ Asslamualaikum. Maaf kalau saya ganggu abang tidur”

“ Walaikumsalam... Err.. Tak menganggu pun. Abang belum tidur lagi.”
Belum tidur lagi? Jadi kenapa dia tidak menghubungiku?

“ Kenapa abang tak telefon saya? Kan saya dah janji nak bagi jawapan”

“ Errr... I don’t know Ayu. Abang takut nanti, jawapan yang abang harapkan akan jadi sebaliknya. Kadang-kadang abang keliru, Ayu kelihatan menerima abang tapi entahlah... Semua terletak ditangan Ayu. Abang akan terima apa saja jawapan dari Ayu. Satu saja yang abang nak Ayu ingat, abang sangat mencintai Ayu. Sayang abang hanya untuk Ayu dan abang akan mempertahankan hubungan kita walau macam mana sekalipun”

Rupanya Ameer takut jawapanku akan mengecewakannya. Ya, aku bersedia untuk jadi pasangannya kerana aku juga mencintainya.

“ Saya terima abang...”

“ Betul sayang? Jangan cuba nak tukar fikiran lagi ye. Abang sayangkan Ayu sangat-sangat. Esok abang akan suruh mama dengan papa masuk meminang”

“ Tak kan esok? Saya kena bagitahu mak ngan ayah saya dulu. Apalah abang ni, tak menyempat betul!”

“ Tak payah susah-susah. Hujung minggu ni kita bincang tarikh tunang dan nikah. Senang cerita. Setujulah sayang ye?”
Dulu memang aku meremang bulu roma bila dia sebut ‘sayang’ tapi sekarang rasa bahagia pula. Akhirnya aku setuju sebab aku pun tak sabar nak kahwin dengan dia. Yahooo!


...................


Masa perbincangan tentang tarikh tunang dan nikah, Ameer dengan rasa tidak malu mencadangkan supaya kami bertunang terus nikah dan tarikh ditetapkan pada pertengahan bulan hadapan. Ayah dengan emak pun setuju. Ayah aku senyum tak sudah, macam dia pula yang nak kahwin. Dalam masa tu juga aku perhatikan mama Ameer, memang dia tak banyak cakap tapi ada juga dia memberikan cadangan, itu sudah cukup bagiku sekurang-kurangnya dia mengambil berat tentang persiapan resepsi kami.

Sebelum Ameer sekeluarga balik, Ameer sempat menemuiku.
“ Jangan risau tentang barang hantaran, abang akan tanggung semuanya janji yang penting Ayu bersedia jadi isteri abang”

Rasa gementar juga bila Ameer sebut isteri. Tapi InsyaAllah, aku yakin aku dapat menempuhinya.

“ InsyaAllah abang... Saya akan cuba sedaya upaya. Abang dekat KL tu, ingat-ingat saya yang kat sini ni. Jangan bila nampak perempuan cantik, terus lupakan saya”
Ameer tersenyum lalu mengeleng perlahan.

“ Tak sayang, abang sentiasa merindui Ayu. Abang tak boleh nak buat macam tu sebab antara kita ada cinta yang mengikat dan abang harap ikatan cinta itu akan terus erat hingga ke akhir hayat kita”
Aku mengaminkan. Itulah harapanku juga.

“ Okey, kita jumpa masa kursus kahwin sayang ye. Jaga diri. Abang sayangkan Ayu”
Aduhh... Bahagianya.


Mama Ameer memelukku sebelum masuk ke dalam kereta.
“ Maafkan mama. Apa yang Ayu katakana dulu tu memang benar. Kebahagiaan anak merupakan kebahagia ibu bapanya. Jaga diri”
Tersentuh hatiku bila mama Ameer sudi memelukku dan kata-katanya itu akan aku kenang sampai bila-bila.

Mengenai spy yang dia bagitahu aku dulu tu, memang tak wujud! Pandai betul Ameer buat cerita. Dia takut aku lari daripada dia. Hampeh betul! Tapi aku tetap menyayanginya sampai bila-bila. Tentang hubunganku dengan Ameer sebelum ini pula, akan kami simpan rapi sebagai kenangan. Biarlah apa yang telah kami bagitahu kepada kedua keluarga akan kekal sebegitu. Mungkin itulah cara pertemuan kami untuk mengenali antara satu sama lain. Dari menyamar menjadi teman wanita Ameer, kini menjadi isteri sebenar Tuan Ameer Izzul Haq. Cinta yang sebenar-benarnya dari dua hati.



Nota Cinta :- so sweet citer nie ..... :') tens Diari Terindah Farisya Natasha sbb share cerpen nie ..

Percintaan ini

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku

Di kala itu engkaulah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan
Semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Tiada Siapa

Tiada siapa inginkan CINTANYA YG INDAH BERUBAH DUKA
 Tiada siapa inginkan RINDUNYA BERTERUSAN BERIRING AIR MATA
 tapi itulah KETENTUAN yg harus dihadapi walau sakitnya tiada siapa dapat merasanya...
 Begitu juga aku...
 melepaskan mu disaat sayang yg mekar dihati
 kerana KATA2 MU YG MENGGURIS PERASAANKU
 ku cuba cari KEKUATAN diatas perpisahan
 ku tutup LUKAku dgn SENYUMAN
 Walau dihati ini SARAT DGN PENDERITAAN
 "MOGA KETABAHAN ITU TETAP MENJADI MILIKKU SELAMA2NYA"

aku jatuh cinta


Walau aku senyum bukan berarti aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cobaan hidup seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

 ♥  ♥  ♥

Ya allah, jika suatu saat aku jatuh cinta..
Jangan Engkau jadikan cintaku lebih besar daripada cintaku pada-Mu.
Ya allah yang Maha Mulia, muliakanlah aku dengan cinta-Mu.
Dan jangan Engkau jadikan cintaku kepada apapun melebihi cintaku pada-Mu.
Ya allah yang Maha Mencintai, seandainya aku jatuh cinta..
Jadikanlah cinta-Mu yang tak terbilang, berlimpah atasku kerana aku jatuh cinta hanya kerana-Mu.
Jadikanlah cintaku ini hanya kerana untuk mendapatkan redhaMu.

Ya allah yang Maha Pengampun..
Andaikata dalam hatiku terdapat fitnah dalam cinta..
Ampunilah dosa-dosaku kerana telah terbuai oleh godaan syaitan yang terkutuk.
Sesungguhnya fitnah dalam hatiku adalah dosa kerana kelalaian hatiku.
Ya allah yang Maha Pemurah, andai kata aku jatuh cinta..
Jadikanlah cintaku ini tulus dan hanya kerana mengharap cinta-Mu.
Agar aku tak seperti ikan yang jenuh akan laut.
Seorang muslim sejati tak pernah kesepian, karena engkau ya Allah lebih dekat daripada urat nadiku.

Ya allah, jika aku jatuh cinta..
Jadikanlah cintaku menjadi bagai bunga yang mendatangkan cinta-Mu dan cinta rasul-Mu.
Ya allah yang maha menatap, engkaulah yang maha menatap segala kesalahanku,
Enkau pula yang maha mengetahui segala isi hatiku, segala kebusukan di hatiku..
Maka, jika terdapat kebusukan dalam diriku walau itu hanya sebiji zarah pun ampunilah diriku.

Ya allah jika cintaku ini suci, maka kuatkanlah.
Jika cintaku ini kotor, maka sucikanlah..
jika cintaku ini buruk, maka perbaikilah..
namun jika cintaku ini bukan kerana mengharap redha dari-Mu, maka jauhkanlah.
Ya allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui akhir kehidupanku..
Jadikanlah akhirku dengan husnul khotimah,
Aku berlindung padamu dari su’ul khotimah.
Aamiiin yaa robbal’aalamiiiin..

SABAR

SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa FIKIR...
...
"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Tidak pernah menyesal orang yang SABAR…

Ya allah jaga dia

YA ALLAH...............JAGA DIA.....

 Dia yang nun jauh disana
 lindungi dirinya ya Allah…jangan biarkan dirinya tersiksa
 aku tidak bisa bersamanya kerana jarak yg jauh
 ku hanya bisa berdoa untuk dirinya ya Allah
 jaga dia dan sembuhkan dia ya Allah

 Ku sayang dia ya Allah
 ku cinta dia ya Allah
 aku mohon satukan kami berdua
 dengan jalanmu ya Allah

 ku menangis dalam doa
 memohon padamu ya Allah
 sembuhkan sakitnya

 aku sayang dia.......

awk

Saya tengok luar gelap,
saya tengok kanan kosong..
tengok kiri kosong...
Saya cakap dalam hati
" saya rindu awak "