Best Moment Forever and ever

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
 
Hi korang ^^ 
sorry dah lama tak update blog ni .. 
maklum la "budak PMR" 
so dah habis exam .. and i FREEDOM !
Jeles ? :p haha 

seriusly .. 
tahun ni adalah tahun paling best dalam hidup aku .. 
(y) cenggini . haha . -,-" 
tahun aku paling gembira. tahun paling aku sedih . tahun yg ... tettt  aku tak ade idea doh -.-" 
sebab apa ? 
ade laa . hoho . 
nanti aku citer next entry :* 
haha




last week aku pergi kem PRS daerah Kuala Selangor. 
seriusly GEMPAK  gila !!! kem dekat sana walaupun masa nak pergi aku tak semangat -.-" 
malam nak pergi baru aku kemas barang sebenarnya kalau boleh pagi nk pergi kem tu bru aku nk kemas -.-
di sebabkan mama tahu aku nak pergi kem dia membebel sebab aku tak kemas baju lagi .. huhu 
di sebabkan takut ribut melanda rumah aku lebih baik aku selamatkan keadaan .. rajinkan tangan untuk melipat baju dan campak-campak masuk beg . 
dah sampai tempat kem baru gelabah bnyak barang tak cukup , hambek kau !!! padan muke 
keluar je dari kereta cikgu terus takut -.-" aku pun tk thu takut dengan natang apa . hoho .. 
first-first tu malu la jugak ni semua tipu  cakap dalam hati .. "aku nak balik woi" 
dah stay kat sana 1 day 1 night cakap dalam hati "aku tanak balik laaa ^_^" ni namanya bongek kuasa abadi . haha .. 
masa ice breaking aku nak menangis da ni sebab takut nk berpecah .. sekali memang kau kena berpecah , terimalah kenyataan mimi OIII .. but ada sorang budak comel ni penyelamat aku . ade jugak geng yang sama otak . dia dari Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor . Nama dia Anis Natasha . susah wei aku nk ingt nama dia . bnyak kali aku tanya nama dia apa -,- aku ade penyakit cepat lupa ... sorry .. haha 
btw aku paling rapat dengan anis ^^ my twin .nak tahu kenapa dia twin aku ? tanya dia sendiri 
aktiviti kat sana yang paling pahit bagi aku masa masuk dalam sungai . hanya kumpulan 7 je tahu ap yang jadi dekat aku :'( sadis and yang paling sadis hanya anis tahu , puihhh malu kot -.- . 
and bende yang buat aku menangis tangan aku terseliuh angkat budak .. can't imagined and tak percaya aku mampu angkat budak berat lebih 50kg kot -.- rasa nak pengsan bila aku tengok balik budak tu . haha .. cakap dalam hati "aku boleh ke tak angkat budak ni , boleh ke tak?" last-last angkat jugak laa . terpaksa beb . 
next aktiviti yang buat aku menangis time buat model dari barang terpakai . 
menitis beb airmata then kene ngnjing je aku -.- puihh 
ade cerita di sebalik itu . kah kah :p 

next aktiviti aku citer next entry :* 
Find me ! sampai esok kau tak jumpe :p 

aiman tu buat kerje ke posing jje ? haha .. candid katanya XD 

 cari aku . sah kau buta lau tak nmpak ! muka mcam tetttttttttttttttt . haha . stress jak muka aku 

Susahkan ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم


 
alhamdulillah .. aku di uji lagi :')
rasa takut nak hadapi ?
TAK "pada mulut aku" YA AKU TAKUT ! "pada hati aku"

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
– Surah AsSyuura : Ayat 30

تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.


وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.


وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.


وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.


وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.


جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه

Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.

kadangkala sukar untuk puaskan hati semua orang,
walaupun aku mencuba...
tetapi..HINAAN & CACIAN yang aku terima,
walaupun aku cuba untuk belajar dari kesilapan...
tetapi...MARUAH & HARGA DIRI aku dipersalahkan...
jahat sangat ke aku..? :'(
 sehingga orang yg tidak mengenali aku pun sanggup,
melemparkan HINAAN & CACIAN terhadap diriku ini..
kadang kala aku cuba untuk tidak menangis,
tetapi orang yang buatkan agar hidup aku sentiasa menangis..
 kejam sangat ke aku ..
"Sesungguhnya hidup aku sebagai hamba-Nya...
 aku  tak mampu nak puaskan hati semua orang..
aku belajar REDHA untuk semua HINAAN & CACIAN yang dilemparkan untuk aku...
terima kasih diatas pengHINAaan yg kalian berikan untuk aku..
sesungguhnya siapa pun aku dimasa silam,
bukan kalian semua yang tentukan.
baik & buruk kehidupanku..
biarlah Allah yang tentukan semuanya.."

" lebih baik aku bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang...
daripada aku menipu yang membuatkan kau tersenyum.."


"T-shirt I ♥ Blogging Giveaway!"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
selamat tengahhari .. 
jom join giveway ni .. lai lai buah lai ... okey mengarut di situ 
 
turun bawah

T-SHIRT I  BLOGGING GIVEAWAY!
CLICK BANNER

Sejarah Semalam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
Masa demi masa berlalu sudah
Kemana kaki jalan melangkah
Liku-liku kehidupan mengukir sejarah
Kini saatnya menyiapkan diri
Berkemas dari segala keburukan
Meningkatkan semua kebaikan
Ramadhan hampir tiba
Kini saatnya untuk membuka pintu hati
Memaafkan semua kekhilafan
Mari kita sambut dengan gembira
Dengan memperbanyakan ibadah
Tuk menggapai tingkatan taqwa
Derajat tertinggi disisi khalik
Semoga Allah selalu membimbing kita
amiin
assalamualaikum , selamat pagi elbibadi :) 
semangat hapdet belog :p 
tengok TAJUK pun dah over . ahaks (gedik) 
"sejarah semalam" ?? 
sejarah apa ? masuk  guinness book of record kee kee
tak tak .. tapi masuk dalam record hidup aku XD 
nak tahu tak semalam 29-6-2013 .. aku,nabila , firdaus and aiman cadang nak study group (study la sangat) 
but aiman and firdaus tak dapat datang .. then aku dengan nabila and aida .. study ni buat dekat rumah Aida .. so aku kene pergi dengan nabila .. then 
FIRST TIME ! ulangan suara FIRST TIME ! 
aku merempit dengan nabila seawal 8.00 pagi untuk ke rumah aida . okeyy semangat -_- .. pagi tu call nabila.. dia tak angkat . time tu aku dah gelabah dia ambik ke tak aku dekat depan speedmart.. dah la aku cilok abg aku punya helmet merah . apak rare , tak rare sangat .. tapi helmet tu besar .. boleh bayang tak ? muahaha .. so aku asyik call nabila je .. setengah jam call dia kata otw . what ? bukan main lama otw dia . nasib baik mama teman aku .. dah la ada abg encem tengah pasang khemah depan aku . aduh maluu aku .. dengan pegang helmet . macam nak lari keliling speedmart tu je perasaan malu aku . -_- arghh .. cukup laa . pagi pagi dah malu .. then nabila sampai , dia tak nampak aku (see aku yang besar ni pun tak ade yang nampak) terpakse berjalan . kay semua pandang aku .. pastu ada pakcik tanya "nak pergi mana dik?" aku diam je . aduh maluuu .. 
after half of hour sampai rumah aida.. nabila bawak GILERRR laju .. nak pecah urat belakang aku masa langgar bumper jalan tu , nabila gelakkan je .. -_- dah sampai rumah aida boleh pulak abang dia lepak dekat ruang tamu dengan kawan .. okeyy malu lagi .. cukup malu aku semalam 
dah sampai sarapan semua settle , pastu aida buatkan keychain felt . comel okeyy 
then nabila dah janji nak belanja kepci (KFC) . so kita orang pun jakun -_- pukul 10 lebih pergi kfc dekat ijok tu .. dah settle makan pastu balik .. nak tahu tak ? aku meet ama . okey mohon jeles . hahaha . lama tak jumpa dia . last jumpa dekat oneplaza (OP) .. pastu aida dengan nabila pergi MYDIN , beli ayam . aku kene tinggal T_T macam orang gila menuggu mereka mereka pulang . perkara penting yang anda harus tahu 

NABILA TAK ADA LESEN ! TAK ADA LESEN 

lepas dorang balik , kita orang nak balik rumah .. nak tahu tak ? aida nak ikut -_- kene TRIPLE bayangakan la bertapa jauh kene triple . lalu IJOK,BUKIT BADONG,BATANG BERJUNTAI,UNISEL . memang gile .. semua orang gelak tengok kita orang T_T . dah sampai rumah boleh pulak jiran aku nampak . kene gelak lagi .. huaaaaa :'(  sob sob
  

this aida . annoying girl 


ni nabila . tolong pusingkan laptop anda kalau pakai pc pandai pandai la kau XD 

then last night aku tidur rumah embah , tidur dengan jia . dia nak belajar buat blog . dengan baik hati aku ajar :D 
alhamdulillah ada perubahan :p muehehe 
bubbye .. assalamualaikum 
 

MSU Shah Alam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
uhuk uhuk (bajet batuk) jerebu jerebu .. pakai mask mcm pencuri . tapi pencuri comel  . muahahha XD 
terima kasih bagi cuti hari ni . LOVE YOU Malaysia .. hekhek 
so kesempatan hari ni nak update berjela jela . 
semua jerit yeahhh 
so disebabkan jelebu yang menyebabkan napas aku sesak . hup hup (tarik napas 6 harkat) 
aku spendkan masa untuk dating dengan pakwe pakwe aku dalam bilik tu . jangan pikir bukan bukan . cubit nanti 
terima kasih sara sebab suruh amirul hanta pakwe akak sampai datang depan rumah . muah setepek -..- 
tengah bercumbu dengan pakwe aku :p 
cuwitkan kami :'3 mohon jeles .. hakhakhak 
22 Jun 2013 
ada kursus dekat MSU Shah Alam . okey poyo & batak 
Time kursus ni dalam dewan tu share dengan budak dari Smk Sungai Burong
so kami di bahagikan kepada 15 kumpulan . aku dengan lili tercampak masuk dalam kumpulan budak sungai burong . nama kumpulan kami "Lempeng Cergas" good good punya nama . wakakakakaka . sekejap je dah rapat . siap peluk peluk lagi . muahaha . dengan girl okee (banyak aku gelak)  aku dapat dapat kakak angkat . muahaha XD 
terima kasih beribu lemon untuk budak sungai burong yang sangat OHSEM 


excited nak makan. mane mata akuu :'( tsk tsk 


nampak tak muka macam takut takut . nak tahu kenapa ?
bawah meja ni ada kucing . nak menangis aku .. lari pergi sebelah pidaus :p gagagga 



kembungkan pipi . come on babe .. kembungkan lagi . hakhakhak 




Lili , Alia And Me :D 
Masa dekat Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam




muka keletihan . :p 



dengan adik aku . tak percaya ?
nama dia fatin atikah okeyy . muahaha
bukan laa .. ni junior aku

terselit di antara junior junior yang comel lagi tiut 


me and lili again -.- 

Ohsem punya kawan . nampak tak budak kecik sebelah aku tu ? ketahuilah dia tu form 4 -.-
hahahhahahaha



again ...



and again -.- 

sampai sekolah dalam pukul 5 lebih . masing masing tidur dalam bas. penat lew sangat 

okey sampai sini je . bubbye . emuahhh 

New Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
Hi .... iMissYou !!! Muahhhhh cium pipi korang .. ahaks :p 
baru hari ni dapat update blog .. 
apak rindu doh nak update .. :) jangan marahwoo :p 
kesibukkan diri yang teramat sangat *bajet PM
Hahaha .. First week cuti ,, kene tusen !! -_- 
arghh *bajet menjerit sekuat hati
 
Me and Fatihah 
me and aida .. 
tak tahu la apa yang kelakar sangat -..-
abaikan je mak senah kat atas tu ~ 
nak share ni .. i get baby 
tolong jangan pikir yang bukan-bukan .. cubit kang  
Ni dia .. tak nak duduk diam-diam tengok gambar pun jadi macam ni -_-
yang ni KiKi , lagi sekor ada dekat bawah . nama dia CiCi .
Nama tu abang saya yang bagi a.k.a anak angkat my mummy . Hampir sama dengan nama saya MiMi .. 
nak tahu cerita macam mana boleh dapat ? its more like laka-laka ..-_- 
ignore me .. bla bla 
masa hari nak beli mereka mereka ini , sbenarnya nak pergi cuci gambar, mama saya busy masa hari tu,kebetulan my abg tak kerja , so mintak tolong dia.. :D after sampai kedai tu ramai orang , so owner kedai tuh kata lama nak siap.. then amir*his name* cakap dekat aku 
Amir : abang nak basuh kereta ni,kita basuh dulu la ye" 
Me : aaa, owhh okey-okey .. 
terus cakap dkt owner kedai nanti ambik lambat .. owner kedai pun kate okey .. so bla la :) 
lepas basuh je basuh kereta ,
 amir: "kawan abang call tadi, ada taklimat untuk mengundi esok,nak ikut tak?pastu terus pergi Kuala Selangor cari ubat kamu" 
Me : "haah ? alaa , boleh ke ikut ? budak bawah umur ni " 
Amir : "kamu duduk la dalam kereta" 
Me:"okey-okey*macam orang blur
dalam perjalanan pergi hujan , then kawan amir called and cakap cancel . macam orang !@#$%^ je dalam kereta , ye la dah nak sampai.. then amir U-Turn terus pergi Kuala Selangor, cari ubat tak jumpe.. .
 Me: arghhhh" 
Amir : "pasal ? pergi Jeram jum nak cari barang" 
Me : hurmm.. kayy *mood slow down* 

dah sampai Pantai Jeram ,terus nampak orang jual aiskrim .. apalagi .. memujuk la nak aiskrim .. so dapat :p muahahha .. then nampak pulak ayam potong , pujuk lagi , dapat lagii.. hahaha. maklum la dah tahu kalau tak dapat merajuk .. -_- ignore !! 
time jalan dekat kedai-kedai tepi jalan tu nampak tempat jual Rabbit .. aku duduk jauh-jauh. maklum la geli woo .. lagi-lagi dengan kucing ! kirim maaf laa kalau aku jumpe kucing nak main-main .. memang aku jerit .. then amir cakap kat aku 
Amir :pahal duduk jauh-jauh.. meh sini, dia tak makan orang laa.. 
Me:tahu la tak makan orang , masalahnya saya ni geli binatang berbulu seumpamanya.. Amir:dah-dah tak payah geli sangat , abang tinggalkan kamu tahu laa .. 
Me: diam laa *terus dekat sikit 

tengok amir biasa je pegang .. aku pun ada la jugak niat nak pegang .. mula-mula pegang badan dulu .. geli dohh .. -_- then dah lama , hampir setengah jam aku nak pegang arnab tu .. muahahah .. pastu dah okey lama-lama .. then amir cakap 
Amir : nak tak ? 
Me : what ? 
Amir : tu *tunjuk sangkar arnab
Me : blur kejap 
Amir : nak tak ? 
Me : boleh ke ? 
Amir : boleh je.. tapi kene jaga elok-elok .. kalau boleh sampai abang kawin *tersengeh* 
Me : *gatal nak mampus budak sorang ni* hurmm .. boleh laa.. tapi kalau mati ? 
Amir : TIADA MAAF BAGIMU 
Me : Ehh .tak nak laa.. huhh 
Amir : hahhahah . abang gurau je 
Me : lawak la tu 
Amir : Nak tak ? kalau nak pilih nak yang mana 
Me : oyeahh .. 
tengah pilih-pilih nampak yang mata merah dengan biru ,.. but dua-dua betina 
tapi amir tak kasi .. dia kata nanti dia sunyi .. me: -_-" 
pastu ternampak kiki dengan cici dekat belakang ..then tanya akak tu yang ni jual tak ? dia kata jual .. so ..
Me: abang ! nak yang nii 
Amir : try tanya akak tu jantan dengan betina ke .. 
so terus tanya.. akak tu kata jantan dengan betina .. 
Me : horeyy *macam budak-budak
Amir : Sure nak ni ? 
Me : YUP ! :D 
so amir pun bayarkan semuanya .. haahahaha .. terima kasih abang .. 
*dalam kereta* 
 
Me : nak bagi nama apa ni 
Amir : Kiki and Cici 
Me : ehh !! 
Amir : kenapa ?
 Me : mana sekor jantan ? mana sekor betina ?
Amir : *tarik tudung aku,nsib baik pakai tdung sarung* Yang mata hitam Betina/Cici , yang coklat Jantan/Kiki 
Me : *betulkan tdung* owhh okeyy 
dah 1 hari duduk dekat rumah aku .. my mummy membebel .. 
pagi-pagi dah kene marah 
Mama : mimi !!! kau bangun ! kau tengok dekat luar ni .. busukkk 
Me : Apa ?? *keluar bilik dengan rambut serabai mcam kuntilanak 
Mama : kau tak bau ke ? *dah nak muntah 
Me : Sapa kentut ni ? 
Mama : kepala hotak kau ! kau bersihkan sangkar diaaa !! 
Me : yela-yelaa 
lepas bersihkan terus mesej amir 
Me : Salam abang , tolong belikan kayu ketam or pasir untuk pet .. 
Amir : apa bende tu ?
Me : pergi petshop tanya dia kayu ketam ! pastu beli ! 
Amir : haaa . okey-okey ..malam nanti abang hantar 
lepas pakai kayu ketam tu hilang bau hancing kencing mereka-mereka ini .. masa mula-mula memang give up dah .. tapi fikirkan orang yang belikan.. kene la jaga .. then jaga dengan penuh kasih sayanggg *eceh ayattt 
after 2 week .. aku dah nak exam .. so ambik keputusan suruh amir jagakan kejap ..
masa sehari sebelum amir dtg ambik , kiki dengan cici merajuk .. tnak makan dengan minum .. ;'( malam amir datang ambik tu aku nangis.. huwaaa :'( amir gelakkan je , me feel like !@#$%^& 
nak tahu takkk after 3 days amir jaga ... amir mesej aku then dia cakap 
Amir : nak tahu tak ?
Me : apa ? 
Amir : Kiki kene minyak hitam kereta abang 
Me : WHAT !!!!
Amir : Apa ? dia yang main bawah kereta abang sape suruh 
Me : dah bersihkan belum ?
Amir : dahh.. tapi tak hilang 
Me : :'( bawak la kiki dengan cici balik .. 
Amir : kenapa ? macam mana nak exam ?
Me : tak apa.. adik-adik ada .. boleh jagakan ... abah pun ada 
Amir : Alaaa... esok abang hantar 
Me : Kayy .. kalau busy kerje .. tak apa .. janji jaga elok-elok 
Amir : okeyyy 
lepas 3 hari sebelum habis exam amir datang pulangkan .. 
tengok badan kiki nasib baik tinggal sikit je kesan .. huhuhuhu 
and ... 
i see kiki dengan cici dah up badan dia.. 
pandai amir jaga ... cuma lalai sikit jee 
with Amir .. 

Ni dia kiki dengan cici .. cici ni pemaluu sikit -_- 

okey laa .. sampai sini jee .. 
insyallah 2 bulan lagi aku update ^_^ 
hahahaha

byee
assalamualaikum 

Segmen Jom Pilih Hadiah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
Hyee :) *lambai-2 tangan 
woii mana kau menghilang haaa ??
okey-2 i'm so sorry sayang ...busy-2 :'3 kalah VVIP , hikhik 
hari ni nak join SEGMEN ! 
Dah la tak update 2 bulan tetibe nak join segmen , blaaa laaa.. buuu mimi buuuu --" 
peduli apa akuu :p nak join jugakk 
see tajuk segmen diaa . wooo .. boleh pilihh , iLoikee :p 

SYARAT-SYARAT
1) Follow dan like pages blog ni
2) Buat satu entry dan tampal banner kat atas yang di link kan terus ke entry ni*letak url entry dekat komen entry ini sahaja*
3) Pilih dua hadiah yang korang nak (Lebih Boleh Tak ? :p)
4) Follow dan like pages sponsor (Done)
5) Pemilihan pemenang melalui random dan top reffral
6) Tamat 30/3/2013

PARA SPONSOR*FOLLOW*
Aku Penghibur I Istiqamah I Iza Arina I Afie Qaisara I Puteri Insyirah I Amalina


LIKE PAGES










SENARAI HADIAH

DRESS (3 ORANG) 
PEPLUM (2 ORANG)
LIP TINT (2 ORANG)
TOPUP RM10 ( 7 ORANG)
TOPUP 5 ( 5 ORANG)
HANDPHONE CASES (10 ORANG)
KEYCHAIN (10 ORANG)
BODY SCRUB D HERB ( 3 ORANG)
NOVEL (2 ORANG)
BANNER IKLAN DI PINGJE.ORG (SORANG)
TUDUNG BAWAL (4 ORANG)
SHAWL (SORANG)

Mimi nak dress tak nak la , kang tak muat , hmm nak peplum haa , lagi laa 
mimi nak topup 10 hingget dengan novel :'3 
pleaseee *bulatkan mata sambil kelip-2 
hope dapat :'3 

P/s : minggu depan 19,20,21 dipaksa dan terpaksa pergi kem KOR Kadet Polis --" doakan tak diseksa eaa 
byee semuaa . 

Lobee ,
Fatin Syamimi 

SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 السلام عليكم 

Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. 
Menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434. 
Kemalangan kereta bersama 3 orang sahabat.
Mengalami keretakan tulang tunjang.

Antara perkongsian dari status update Nadia Mujahidah:

"Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang.."



RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca. 

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya



Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a: Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya., Innalillahi wainna ilaihiraji'un "


Sungguh tenang bila melihat wajah hamba Allah ini.. sebak bila mambaca kisahnya :') sungguh tabah insan bergelar wanita ini ..
Ya Allah , adakah aku berpeluang menjadi wanita idaman syurga ini ? masyallah 

Kenapa Allah Sengaja Temukan Kita Dengan Orang Yg Salah ?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIHSAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Airmata Wanita Ibarat Irama Dan Lagu ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 السلام عليكم



 kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

wanita dan air mata memang tidak boleh di pisahkan ibarat irama dan lagu. air mata memang cukup sinonim dengan diri wanita kerana mereka merupakan insan yang lemah dan memerlukan pendamping di sisi mereka. tangisan juga ibarat medium untuk seseorang itu meluahkan perasaan yang terbuku di hati selama ini.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?  Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kuat untuk  menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan .
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu Keistimewaan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya.  Bukan kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. (Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat ku ini. bersabarlah wahai hati dengan setiap ujian yang menimpa dirimu ini. Sesungguhnya hambaMu tidak boleh lari dari dugaan dan cabaran yang sebenarnya mengajar kita erti kedewasaan. Kuatkan hatiku, imanku, semangatku Ya ALLAH.