Selamat Tinggal Ramadhan =')



السلام عليكم 

isnin cari selasa nak tanya nampak tak RaBu , agar ingatkan KHaMis beritahu , JuMaAt supaya tak lupa , mesej kat SaBtU yanG AhAD dah RayA .. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN :-).
tinggl 3 hari lagi syawal nk menggnti ramadhan ..
sedih , gembire sume ad .. 
harap2 tahun depan dpat rasai ramadhan lagi ..

بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji bagi Allah yang menjadikan diantara jalan-jalan itu bulannya bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan petunjuk .

Bulan Ramadhan telah hadir di tengah-tengah kami dengan kehadiran yang sentiasa dinantikan. Tiba-tiba ia meninggalkan kami pada akhir waktunya, pada ujung jangkanya, pada kesempurnaan bilangannya.

Salam bagimu wahai bulan Allah yang agung.
Salam bagimu wahai waktu termulia yang menyertai kami.
Salam bagimu bulan yang di dalamnya amal disebarkan.
Salam bagimu bulan yang datang membawa kabar gembira.
Salam bagimu bulan yang tidak tertandingi di hari-hari manapun.
Salam bagimu bulan yang dicari sebelum waktunya.
Salam bagimu bulan yang ditangisi sebelum kepergiannya.
Salam bagimu Ramadhan dan malam Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Ya Allah

Bagimu segala pujian. Dari lubuk hati kami penyesalan paling dalam, dari lidah kami permohonan maaf yang paling tulus. Berilah kami pahala dengan segala kekurangan yang menimpa kami di bulan ini. Pahala yang menyampaikan kami pada kemuliaan yang diharapkan.

Ya Allah.

Sampaikan dengan sisa umur kami kepada bulan Ramadhan yang akan datang untuk melakukan ibadat yang layak untuk-Mu. Bimbinglah kami untuk menegakkan ketaatan yang pantas untuk-Mu. Berilah kami amal soleh yang memenuhi hak-Mu dalam Ramadhan ini dan Ramadhan yang akan datang.

Ya Allah.

Sampaikan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarganya. Berkatilah kami pada hari raya kami. Jadikanlah ia hari terbaik yang melewati kami yang paling cepat menarik ampunan-Mu, yang paling cepat menghapus dosa kami. Ampunilah dosa-dosa kami yang tampak dan yang tersembunyi.

Ya Allah.

Dengan berlepasnya bulan ini lepaskan kami dari kesalahan kami. Dengan keluarnya bulan ini keluarkan kami dari kekeliruan kami. Jadikan kami dengan bulan ini orang yang paling bahagia.

Ya Allah.

Kami bertaubat kepada-Mu pada hari fitri kami yang Kau jadikan bagi kaum muslimin sebagai hari raya. Kami bertaubat dari segala dosa yang kami lakukan, dari setiap kesalahan yang kami dahulukan, dari setiap getaran jahat yang kami sembunyikan dengan taubat yang tidak membawa kami kembali kepada dosa dan kesalahan. Dengan taubat yang tulus, terimalah taubat kami, redahkan lah kami, teguhkan kami di dalamnya.

Ya Allah.

Jadikanlah kami di sisi-Mu orang-orang yang bertaubat, yang telah Kau pastikan bagi mereka cinta-Mu dan Kau terima mereka kembali mentaati-Mu. Wahai yang paling adil dari segala yang adil.

Amin.

Rama -Rama Patah Sayap

wahai hati jangan kau menangis lagi..
wahai hati tabahlah engkau..
walau aku kian menderita..
walau aku kini tidak mempu mengawalmu..
walau aku makin hari makin menderita..
dengan rindu yang semakin membuak..
tapi tolonglah...
KUAT
kuat menahan air mataku dari gugur

wahai hati berhenti la menangis.....
tangisan ini sungguh menyentap segala kegembiraan...
membunuh senyum dan tawa...
mematikan segala rasa di jiwa.
..
tiada lagi madah cinta yang dapat aku susun
tiada lagi puisi indah yang dapat aku gubah
tiada lagi irama yang dapat aku lagukan
tiada lagi rindu yang dapat aku hamparkan
yang tinggal hanya rasa cinta yang mendalam
bersama sisa sisa harapan dan impian

kenapa kau seksa hati ini.
kenapa kau rmpas semua kbhgiaan yg
pernah aku miliki dahulu
kini semuanya sudah berakhir
aku seperti rerama
yg patah sayapnya dan tak kan
pernah mampu untuk terbang
bebas seperti dahulu


Antara Aku Dan Kau , Redhakn lah Perpisahan ini

Assalamualaikum ..

 
Ya Jabbar..
Perasaan apakah yang sedang aku alami ini?
Aku sering teringatkan insan itu..
Saban hari sering mengharapkan khabar darinya..
Apakah ini yang sering berlaku kepada insan di luar sana?
Apakah ini yang dinamakan cinta?

Tidak..!! tidak mungkin.. mustahil untuk aku..
Tidak semudah itu untuk aku membiarkan perasaan itu hadir dalam diri..
Siapa aku untuk merasai nikmat yang teragung itu??
Hanya angan-angan yang mampu aku miliki..

Aku tak ingin sakit kerananya..
Aku jua tak ingin menangis lagi untuknya..
Dia sememangnya insan yang bukan dilahirkan untuk aku..
Walaupun aku cukup bahagia tatkala dia bersamaku,
Namun.. aku pasti bahagia itu hanya untuk sementara..

Wahai hatiku,
Lepaskanlah dia..
Biarlah dia pergi jauh dari kehidupanmu..
Dan tabahlah wahai hati..
Ini sudah ketentuan Yang Maha Agung sejak azali..
Percayalah.. kebahgiaan untukmu pasti menyusul kemudian hari..

Wahai hati insan yang aku sayangi,
Jauhkanlah dirimu dengan hatiku..
Pergilah menemui hati yang lebih layak untuk bersama denganmu..
Yang pasti.. ia bukanlah hati milik aku..

Semoga engkau bahagia tanpa aku..
Demi kasih sayang aku terhadapmu..
Aku relakan dirimu pergi..
Pergi mencari cinta yang selayaknya untukmu..
Sememangnya aku akan menyesal dengan tindakan aku sendiri,
Namun aku lebih percayakan Allah..
Biarlah kasih sayangku ini manjadi rahsia antara aku dan Dia..
Sesungguhnya Dia lebih mengerti dan Dia pasti telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan aku di dunia dan di akhirat nanti.. InsyaAllah.


antara dia dan aku
ada jalan lurus berliku
ada sejambak mawar biru
ada sempadan duri semalu
antara aku dan dia
ada yang tidak sama
kerana aku wanita dan dia lelaki

antara aku dan dia
masih ada yang serupa
kerana kami sedang seronok bercinta

antara aku dan dia
terdapat adegan drama
kerana kami adalah watak sandiwara

antara aku dan dia
terukir cerita bahagia
kerana kami menulisnya bersama-sama

antara aku dan dia
tersimpan satu rahsia
hanya diketahui oleh Yang Maha Esa