Hati Wanita Sukar Diduga

Assalamualaikum ^_^
Fatin nak share tentang
Hati Wanita Sukar Diduga
maaf kalau ade ayat yg mengguris hati ..
enjoy for reading ..




Hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat kita sukar meramal apa yang berada di dalamnya.. 

Kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya..

Hinggakan kadang kita tidak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang berbicaranya seolah tiada akan rasa, namun sebernarnya amat jauh dari dunia sendiri..
Lama sudah tidak ku lihat gemersik senyumanmu..

Dan jangan jua biarkan wanita yang berada di sisi kamu bersedih dan menangis.. Dan jika masih dibiarkan jua, terhenti air matanya setelah letih seolah hatinya jua telah tawar dan pudar akan cinta..

Jangan di biarkan wanita yang berada di sisi kamu punyai rajuk yang panjang hingga tiada akan usaha untuk mengembirakan hatinya.. Kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya senyum dan gembira..

Jangan biarkan wanita yang berada di sisi kamu merasakan sunyi dan terabai, kerana pasti akan ada bisikan mengodanya mencari keserasian..

Mereka tidak mendengar apa yang dikeluh.. Mereka tidak melihat dengan mata walau memandang.. Mereka hanya mahu tahu satu kisah.. Satu cerita asalnya duka.. 

Tidak langsung mereka mengerti akan rasa.. Kerana mereka tidak berada di atasnya.. Tidak akan ada rasa menilai kerana mereka hanya ada untuk sandaran seketika..Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menangis dia dalam diam.. Menangis dia dalam hatinya.. 

Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. 
Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkanlah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. 

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Dan amat menyakitkan bila kita terpaksa berpura pura bahagia sedangkan pada realiti itu amat kita merasakan derita.. Hanya mampu melihat tanpa memandang kerana telah dibutakan dengan kecurangan.. Kita pujuk akan hati, cerita ini hanya sementara hingga sampai satu masa setiap lakonan itu akan berakhir jua..

gambar hiasan :-
tens kwn2 da buat Fatin eppy cgat . korang da buat Fatin lupe semua kesedihn diri Fatin
SAYANG KORANG FOR EVER




Kenapa aku sering diuji ??



بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum
Kenapa aku sering diuji ??


Dalam hidup ni, banyak sangat ujian yang mendatang..kadang kala tak putus-putus, pernah tak tercetus soalan ni dalam kepala masing-masing? Kenapa aku sering diuji ?

Adakah kerana itu adalah sebagai balasan dosa yang kita lakukan atau itu sekadar satu ujian untuk menguji kekuatan diri kita ? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Hanya kita yang tahu jawapannya..

Ujian datang adalah untuk menyedarkan diri yang terleka, ujian juga datang adalah untuk mendekatkan diri kita kepadaNya, ujian juga datang adalah untuk membalas dosa dan kesilapan kita di dunia. 

Baik tak ujian ni ?

Bila dilihat dari satu sudut, ujian ini adalah satu masalah dan kesusahan. Tapi bila dilihat dari satu sudut, ujian ini yang menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya. Ia seolah-olah "menyedar"kan kita sebelum kita hanyut di bawa arus dunia, ia seolah-olah nak "ketuk" pintu hati kita supaya jangan jauh daripada yang Maha Esa sebab kebiasaan manusia bila susah baru nak cari Tuhan..kan ?

Tapi..

kenapa hanya aku sahaja yang selalu diuji ? bukan dia..ataupun dia ?

Ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita, hanya kita yang terpilih untuk diuji? Untung kan? Sedangkan orang lain Allah tidak hiraukan..kita beruntungkan ? Allah nak kita selalu dekat denganNya. 

Contoh :
Belajar di sekolah dah 6 tahun, bolehkan kita katakan dia seorang yang pandai ? 
Tak..
Selagi tidak terbukti, no reason kita labelkan dia seorang yang pandai walaupun dah belajar lama di sekolah.
Maka, sebab itu lah wujudnya UPSR untuk menguji siapa yang pandai dan siapa yang sebaliknya. 
Ujian itu dapat mengenalpasti status seseorang sama ada dia dapat kuasai isi pembelajaran atau tidak.
Macam tu juga dalam kehidupan..tidaklah dia dikatakan sebagai seorang yang beriman selagi tidak diuji. Kalau dalam keadaan biasa, semua orang boleh mengaku dia orang yang beriman kepada Allah, tapi bila datangnya ujian..baru tahu siapa yang sebenarnya beriman atau tidak.
Ujian itu satu perkara yang positif..set minda supaya lihat sesuatu perkara itu ada hikmahnya
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang..

P/s : Dalam kehidupan, jika hidup ini tiada masalah..tidaklah mencabar dan rasa hambar. 

والسلام
creadit to :-atikah 




Maafkan ku...... Sayang ,,


Assalamualaikum Cinta.........

awak.. maafkan saya sebab kadang-kadang saya manja sangat dengan awak. maaf bila kadang-kadang perangai saya kebudak-budakan.


awak.. maafkan saya sebab saya selalu ganggu tidur awak, entah kenapa saya rindukan awak sangat-sangat.

awak.. maafkan saya sebab saya sentiasa mahukan awak disisi saya setiap masa.

awak.. maafkan saya sebab saya tak kuat bila awak tinggalkan saya walaupun sekejap apa ntah lagi nanti bila awak mungkin tinggalkan saya suatu hari nanti kan?

maaf kerana saya mungkin selalu meragui cinta awak pada saya.
maaf kerana saya perlukan awak selamanya....

Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas& perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.

maafkan diri ku kekasih kerana tidak mampu menjadi kekasih yg baik utk mu..

maafkan diri ku kekasih,,kerana tidak mampu menjadi insan yg sentiasa inginkan..

maafkan diri ku kekasih kerana tidak mampu menyanyangi mu sepenuh hati ku..

maafkan diri ku kekasih andai diri ku menjadi seorang kekasih yg pendesak,,

maafkan diri ku kekasih andai diri ku tak mampu bertahan utk terus syg pada mu..

maafkan diri ku kekasih,,kerana diri ku tidak sempurna utk menjadi pendamping mu...

maafkan diri ku kekasih..andai ku akan berlalu dari mu,,suatu hari nanti..

maafkan diri ku kekasih,,kerana diri ku,,andai ku tidak mampu di uji oleh kehebatan cinta mu..

kerana diri ku insan biasa yg tk mampu melakukan yg terbaik utk mu..

kerana diri ku hanya insan kerdil,,di bumi Allah kerana diri ku takut utk berjanji pada mu..

kerana diri ku takut utk menyerahkan sepenuh hati ku pada mu..kerana ku takut akan murkanya yg maha Esa,,

andai ada jodoh kita,,pasti tidak akan ke mana,,biar masa menentukan di mana diri mu di hatiku,,

terima kasih ya,,sayang kerana memberi ruang masa utk ku... 


terlalu banyak kata maaf untuk diungkapkan tapi awak langsung tak pernah merungut dengan kerenah saya. terima kasih awak. terima kasih kerana sudi sayang dan cintakan orang macam saya.

Kadang-kadang kita tidak menghargai cinta…

kenapa ???

sebab, kita belum merasai kehilangan dia…

kadang-kadang kita rasai cinta dia, tapi masih tak percaya,

kenapa ???

sebab… kita selalu fikir negatif tentang dia..

kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyayangi dia,

kenapa ???

sebab, kita tunjuk ego tak mahu mengalah..

hargailah org yg sayangkan kita.. sbb kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi..

sesal pun sudah tiada guna… ♥

APA KHABAR MU WAHAI HATI?

Assalamualaikum Cinta...
apa khabar kamu yang bernama Hati ?Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang gembira akan dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.

Duhai kau yang bernama Hati,Jagalah dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari berbagai anasir,
Yang cuba menggodamu.

Duhai kau yang bernama Hati..Janganlah mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat kehitamannya..

Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,Usah dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi... 


Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi...
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu.
Untuk dirimu yang bernama Hati,Jangan cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-NYA. 

Duhai hati yang ku sayangi..Tolong sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di hati,
Usah kau menagih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu. 


Duhai hati yang ku sayangi,Tetapkanlah dirimu,
Luruskanlah niatmu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,
Tepislah segala anasir asing yang cuba menghampiri menggodamu... 

Pesanan untukmu wahai Hati...Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampiri..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTA-NYA...
Semailah haruman kasihmu kepada-NYA... Moga CINTA-NYA kan menghiasi mewarnai.. dirimu yang bernama Hati. 



Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dari-NYA..
Kejarlah kasih CINTA sejati-NYA
Raihlah CINTA-NYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya...


♥ ANDAI DIA BUKAN JODOHKU ♥

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.


Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...


Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...







17.4.2012 tpat kul 10.35 malam
Fatin Jumpa Pengganti Dirinya
doakn Fatin bahagia dgn pilihan hati Fatin

Saya Tahu Siapa Saya !


sy akui diri tak sempurna seperti yang lain.
sy taw siapa diri sy, dan sesungguhnya Dia lebih mengetahui sedalam mana cerita hidup sy.
manusia suka berkata tanpa usul selidik terlebih dahulu.
sy berubah kerana Allah.

bukan kerana manusia.
dan bukan inginkan perhatian.

Niat sy tiada siapa yang akan tahu melainkanNya.

sy akui setiap perjalanan hidup sy SEKARANG ini
byk diuji, dihina, dimaki, difitnah, dan niat sy telah disalah ertikan.
Alhamdulillah.
terima kasih.
Ujian menimpa lg.


menangis didalam hati suatu kemestian dan tanpa disedari mengalirlah airmata membasahi pipi.
cukup hanya itu memberikan KETENANGAN buat sy.
orang yang paling dekat dengan sy juga tahu siapa sy dan amat memahami sy.
beliau yang dimaksudkan iaitu ummi sy sendiri. SubhanAllah,
sy akan cuba ikuti tahap kesabarannya yang tinggi itu.
InsyaAllah,dia idola sy kerana bila ia ditimpa musibah ia bersabar dan redha.
walau sy tidak kuat utk menghadapi semua ni.
tp sy kne lalui dengan pembelajaran ilmu kesabaran dan keredhaan.
InsyaAllah.
suatu hari pasti akan diketahui.


sy bukanlah org yang alim, warak, kuat agama seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
hinggakan membuat isu berkaitan mengenai hak diri sy.
sesungguhnya byk fitnah diantaranya tersebut.
sila bertanya dahulu sebelum membuat andaian melulu.
sy hanyalah dikalangan org yang istiqamah dlm meneliti duniawi
menurut agama yang diikuti Rasulullah Saw.
sy baru belajar, jika salah tlg tunjukkan.
bila tegur,
tegurlah secara berhikmah.
bukan mengaibkan seseorang.
dan bukan dengan cara kekasaran.
fikir logik sudahlah.
Cukup hanya itu.
terima kasih.

CINTA ITU BUTA



Kamu hanya tahu menyebut CINTA ITU BUTA. Setiap kesalahan yg kau lakukan pastinya kau akan menyalahkan cinta

Tapi kau juga tidak menyedari cinta iuga mempunyai perasaan dan jika Allah yang Maha Kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorang manusia , pastinya cinta akan meluahkan perasaan yg dipendam selama ini

Cinta ada di dalam diri setiap manusia, Cinta akan turut menangis di saat sekeping hati milik si gadis atau si jejaka di lukaioleh kekasihnya, Cinta turut merasa bahagia di saat seseorang gadis tersenyum ketika membuka pemberian dari kekasihnya,

Cinta juga akan turut merasai sakit yg perlu ditanggung di saat seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya, Cinta juga akan mengucapkan syukur apabila perasaan si gadis atau jejaka tadi berbalas

Malah , cinta juga akan turut merasakan pedihnya di saat jejaka atau si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan yg sekian lama terjalin, Sedarlah wahai manusia yg sedang dilamun cinta mahupun yg baru bercita-cita utk jatuh cinta

CINTA TIDAK PERNAH BUTA

Sesungguhnya , cinta itu dapat melihat apa yg di lakukan oleh sepasang kekasih dan sesungguhnya , cinta akan turut menangis di saat kita menangis

Cinta akan turut tertawa di saat kita di selubungi bahagia….

:: SUCI KE CINTA KITA NI AWAK? ::

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
saya kata saya sayang awak, tapi kenapa saya sanggup jadi punca fitnah bagi awak?
saya kata saya cinta awak, tapi kenapa saya sanggup jadi punca kelalaian awak?

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
semalam saya menangis sebab saya sesal ade mengguris hati awak, tapi saya tak pernah menangis mengenang dosa saya padaNYA..
haritu, saya sungguh-sungguh mintak maaf kat awak sebab saya lambat jawab mesej awak, tapi.. saya tak pernah rasa bersalah terlewat tunaikan solat lima waktu saya..
and, and, ade sekali tu.. awak bagi saya surat.. sweet sangat, tak puas saya baca.. tapi.. Al-Quran yang penuh dengan surat-surat cinta dariNYA?? jarang saya baca..
hmm~

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
awak, cinta yang suci itu adalah cinta kerana ALLAH kan awak?
Allah suruh kita buat apa sebenarnya ye?
ada ke DIA suruh kita bersayang-sayang sebelum sah ikatan kita? ada ke DIA suruh kita sms-sms sampai lewat malam awak? ade ke jugak, DIA suruh kita buang masa buat benda-benda lagho yang kita pernah buat sama-sama tu?
hmmmm~

awak,
tahu apa islam ajar tentang cinta?
rasa cinta itu fitrah, sure it is.. semua orang rasa.. and ofcuz la sebagai manusia biasa kita rasa jugak..
islam tak ajar kita 'membunuh' fitrah tu.. tapi islam ajar kita 'megawalnya'..

awak,
suci ke cinta kita ni awak?
berdasarkan apa yang saya buat.. saya rasa saya dah menentang arus dah ni..
saya nak patah balik la.. ikut flow yang betul.. awak nak ikut saya tak?


senang je awak, macam ni:
selagi saya tak sedia untuk menjadi suri bagi sebuah rumahtangga, dan selagi awak tak sedia untuk melafazkan akad yang menyatukan cinta, elok rasanya kita cuba memupuk and meningkatkan rasa CINTA kita pada PENCIPTA CINTA itu sendiri.. kalau panjang jodoh kita, insyaAllah ada la tu nanti kan?


orang kata.. kalau dah jodoh, terpisah beribu batu pun pasti akan disatukan kembali.. kalau dah tak jodoh? haa.. bercintalah 10 tahun pun tetap bukan jodoh kita..

sesungguhnya Allah yang maha mengetahui..

selagi belum tersingkap siapa jodoh kita yang sebenarnya, saya biarkan awak dalam jagaan ALLAH.. saya pasti DIA akan sentiasa jaga awak.. sama macam saya percaya DIA akan sentiasa jaga saya..

take care.

Biarkan

Assalamualaikum


Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata orang

Biarlah orang menfitnah kita, jangan kita melakukannya juga

Biarlah orang menzalimi kita, kita cuba maafkan mereka

Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka



Mutiara Kata


Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik

Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita

Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita

Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya



Alangkah baiknya, jika kita balas kejahatan orang dengan kebaikan.


Tapi….dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain










Awak....


Assalamualaikum Cinta

awak..........


kenapa tiba-tiba saya rindu awak ?
kenapa saya rasa awak makin jauh dari saya ?
awak sayang saya tak ?


ye awak,saya tau ini cinta jarak jauh.... 
beribu kilometer.... mesti dalam otak awak kata 
:- adakah dia setia pada aku ?
kekadang soalan itu pun terlintas di fikiran saya
:- adakah dia juga sama setia padaku ??
hhuurrmm
saya janji akan setia pada awak....
saya bahagia sangat dapat kenal dengan awak 
indah sangat,
saya janji hanya nama awak sahaja yang terukir dihati saya ,,
Love You Awak

andai awak tahu.. apabila saya jatuh cinta kat awak, tidak semestinya awak perlu punya segalanya tetapi awak adalah segalanya dihati saya..


andai awak tahu.. apabila saya mengalirkan air mata, itu bukan bermakna saya lemah tapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak..


andai awak tahu... apabila saya cepat marah, saya memang tidak mampu mengawal perasaan saya.. tapi percayalah itulah maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak. lihat sahaja ketika kita baru bercinta, kita jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah sayang saya pada awak, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku..


andai awak tahu... apabila saya banyak bercakap, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya mahu awak mengenali saya dengan lebih dekat..


andai awak tahu... jika saya berkata saya mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima awak seadanya. tetapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri saya tetapi untuk masa depan awak..


andai awak tahu.. apabila saya cemburu dan tidak percayakan awak itu bukan bermakna saya tidak sayang..sebaliknyaa saya terlalu sayangkan awak dan masih menganggap awak seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang saya beri.. saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.


andai awak tahu.. apabila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. saya bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai..


andai awak tahu.. apabila saya jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna saya tidak mencintai tetapi saya mahu awak merasai sendiri cinta saya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuh saya..


andai awak tahu.. apabila saya kata saya rindu pada awak, saya benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan awak akan sentiasa bermain di mata saya..


andai awak tahu.. apabila saya kata lelaki lain itu lebih baik daripada awak, jangan percaya kata-kata saya kerana saya hanya menguji awak. saya mahu melihat bagaimana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata saya. walaupun sememangnya awaklah yang terbaik di hati saya.. selagi saya dengan awak, percayalah, walaupun saya masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimata saya, tetapi dihati saya, awak tetap yang terbaik..


andai awak tahu.. apabila saya menjadi degil, saya bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi saya mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenah saya.. percayalah hati saya sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau saya menukar fikirannya dalam masa sesaat..


andai awak tahu.. apabila saya berkata "tolong tinggalkan saya". saya tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. saya hanya mahu menenangkan fikiran saya sebentar saja. apabila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari awak semula. itu tandanya saya benar-benar menyintai awak.. saya memang sukar mengawal perasaan. saya terlalu emosional. tapi sayalah yang paling menyayangi awak dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri awak..


andai awak tahu... sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya kita saling memahami, kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air mata perempuan, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..


jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup awak kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong awak dan membuatkan hidup awak lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak awak..
Hati tidak boleh berbicara bila disakiti...
Hati tidak 
boleh berbicara bila dikhianati...
Hati tidak 
boleh berbicara bila disentuh...
Kerana..
Hati sangat lembut dan tiada daya untuk mengatakan dan meluahkan segala-galanya.....
 alone, analog, cute, girl, photography

Tentang hati



TENTANG HATI.

Kusampaikan salam dari hati,
Agar kau kian mengerti,
Perjalanan hidup penuh duri,
Biar di mana pun kita berdiri.

Kumengerti duhai teman,
Kasih yang telah kau curahkan,
Bukan ku mahu biarkan,
Ianya sepi tanpa jawapan.

Tapi ku mengharap kau memahami,
Tentang hati kecil ini,
Kerna kuharap cinta ILAHI,
Dalam membayangi hidup ini.

Ku tahu kasihmu sepenuh hati,
Kerna kau hamparkan segunung harapan,
Tapi cintamu lagi suci,
Andai kau dan aku ada ikatan.

Ku juga mahu kau mengetahui,
Cintaku pada ilmu tak bertepi,
Berilah peluang pada diri ini,
Untuk mencapai apa yang diimpi.

Bukanlah sekejap aku berdiri,
Di halaman rindu ini,
Kerana cinta yang belum pasti,
Ku takut meniti titian sepi.

Duhai saudaraku fillah,
Jodoh kita ditentukan ALLAH,
Redha itu amatlah bermakna,
Andai tiada jodoh di akhirnya.

Kerana janji ALLAH itu pasti,
Bagi setiap insan-insani,
Dalam mengharungi lorong ini,
Hingga ke hujung usia nanti.





Surat ku layang untuk berkata
penyampai hasrat kata di hati,
Kalaulah sungguh kasihkan saya
jangan dibuang sampai ke mati,