Maafkan ku...... Sayang ,,


Assalamualaikum Cinta.........

awak.. maafkan saya sebab kadang-kadang saya manja sangat dengan awak. maaf bila kadang-kadang perangai saya kebudak-budakan.


awak.. maafkan saya sebab saya selalu ganggu tidur awak, entah kenapa saya rindukan awak sangat-sangat.

awak.. maafkan saya sebab saya sentiasa mahukan awak disisi saya setiap masa.

awak.. maafkan saya sebab saya tak kuat bila awak tinggalkan saya walaupun sekejap apa ntah lagi nanti bila awak mungkin tinggalkan saya suatu hari nanti kan?

maaf kerana saya mungkin selalu meragui cinta awak pada saya.
maaf kerana saya perlukan awak selamanya....

Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas& perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.

maafkan diri ku kekasih kerana tidak mampu menjadi kekasih yg baik utk mu..

maafkan diri ku kekasih,,kerana tidak mampu menjadi insan yg sentiasa inginkan..

maafkan diri ku kekasih kerana tidak mampu menyanyangi mu sepenuh hati ku..

maafkan diri ku kekasih andai diri ku menjadi seorang kekasih yg pendesak,,

maafkan diri ku kekasih andai diri ku tak mampu bertahan utk terus syg pada mu..

maafkan diri ku kekasih,,kerana diri ku tidak sempurna utk menjadi pendamping mu...

maafkan diri ku kekasih..andai ku akan berlalu dari mu,,suatu hari nanti..

maafkan diri ku kekasih,,kerana diri ku,,andai ku tidak mampu di uji oleh kehebatan cinta mu..

kerana diri ku insan biasa yg tk mampu melakukan yg terbaik utk mu..

kerana diri ku hanya insan kerdil,,di bumi Allah kerana diri ku takut utk berjanji pada mu..

kerana diri ku takut utk menyerahkan sepenuh hati ku pada mu..kerana ku takut akan murkanya yg maha Esa,,

andai ada jodoh kita,,pasti tidak akan ke mana,,biar masa menentukan di mana diri mu di hatiku,,

terima kasih ya,,sayang kerana memberi ruang masa utk ku... 


terlalu banyak kata maaf untuk diungkapkan tapi awak langsung tak pernah merungut dengan kerenah saya. terima kasih awak. terima kasih kerana sudi sayang dan cintakan orang macam saya.

Kadang-kadang kita tidak menghargai cinta…

kenapa ???

sebab, kita belum merasai kehilangan dia…

kadang-kadang kita rasai cinta dia, tapi masih tak percaya,

kenapa ???

sebab… kita selalu fikir negatif tentang dia..

kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyayangi dia,

kenapa ???

sebab, kita tunjuk ego tak mahu mengalah..

hargailah org yg sayangkan kita.. sbb kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi..

sesal pun sudah tiada guna… ♥

No comments: