Sabar :'(

Assalamualaikum ..
Dah lama Tak Update Blog nie .. 
Tak Ada Mood Nak Harungi Hidup nie .. 
Da 3 minggu Fatin Hidup Tnpa dia  .. :'( 
Masih Rindu gelak Ketawa Dia , Suara Dia , Nyanyi Dari Dia  .. 
Ya Allah .. Aku Redha Dengan Perpisahan Ini ..

Tutup Buku Lama , Buka Buku Baru ..

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak Ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna Ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…

Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…


Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…



Saya Sanggup Tunggu Awak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ….
“Awak, awak sanggup tunggu saya tak?” Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.
“Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?” Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

“Awak janji dengan saya ye? Boleh?”
“Saya berjanji insyaAllah….Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya”

“Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak” Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.
“……..dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga.”
“Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu…betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya.”
Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.
“Awak……” Aku berkata perlahan.
“Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia.”
“Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas.” Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.
“Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan.”
“Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang.”
“Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan.”
“Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti.”
“Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak”
“InsyaAllah…untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak
****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.
Aku : cita-cita
Dia : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.
Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.

#Buat Si Dia .. Aku Masih Sayang Kau . Tapi Aku Tak Cinta Kau .. Harap Kau Faham .. Aku Doakan Kau Bahagia Dengan si Dia =D

Aku Rindu Kau ! Tolong Paham !!

Assalamualaikum ... 
#Mood rindu dia .. :'(
Dah 2 malam tak contect dia .. hmm ..
# Ya Allah Kau Lindungilah Dia .. Aku Masih Tak Bersedia Nak Hadapi Semua Ini , Aku Masih Perlu Belajar Nak Hadapi Semua Ni


Sungguh bukan mudah mengutip cebisan-cebisan hati, perasaan dan diri yang hilang diarus masa. Apatah lagi bila setiap keping itu berderai sejuta cebisan. Yang pasti ada cebisan yang hilang terus tanpa ku temuinya.

Jika jatuh mungkin mudah untuk ku bangkit semula, tapi bila jatuh dan terus aku tersungkur sungguh menyeksakan bagi diri aku untuk menahan kesakitan apatah lagi untuk cuba bangun semula. Tiada lagi air mata membenarkan aku menuding perasaan ini. Disebalik senyuman yang masih terukir, hati berderai yang tak mungkin disatu kembali. Pahit dan perih terpaksa ku telan demi meneruskan hidup ku sendiri.

Persoalan demi persoalan aku tertanya pada diri, pada takdir dan pada Tuhan kenapa semua ini perlu terjadi ke atas diri ku. Aku cuba mencari punca semua ini tapi semakin aku cuba semakin dalam persoalan ke atas diri ku sendiri. Aku tahu yang tidak sepatutnya aku persoalkan takdir Tuhan namun aku manusia biasa yang lemah dalam dugaanNya. Masih terngiang diminda aku pada sesuatu yang pernah dinyatakan oleh seorang teman ku. Mungkin ia berlaku diatas sebab diri aku sendiri. Saat itu aku mula membuka diri aku untuk mendapat jawapannya. Pada saat itu juga aku mula belajar untuk menerima kekhilafan diri aku sendiri.Aku sedar apa yang berlaku semuanya bersebab dan itu juga yang aku pegang dari dulu hingga bila-bila. Tiada yang berlaku tanpa sebab samada benda baik atau sebaliknya.

Apa yang berlaku membuatkan aku lebih kuat dan matang dalam hidup aku. Aku mula bangkit dan belajar untuk membentuk satu prinsip baru dalam hidup aku. Dan yang paling penting pada aku adalah hadapi dengan senyuman dan keikhlasan walau seberat mana senyuman itu. Aku percayalah ia akan memberi satu semangat baru untuk aku mengharungi setiap detik yang mendatang. Aku manusia biasa yang lemah dan masih belajar tentang hidup, aku tak lari dari kesilapan dan juga kekecewaan.

Hidup ku dan umur ku semakin pendek, aku mula sedar tiada guna untuk aku kekal begini. Aku perlu teruskan, aku perlu bangkit demi sisa-sisa hidup yang masih tinggal. Aku cuba tidak menoleh lagi walau aku tau ia masih menghantui setiap detik yang hadir.

Aku bersyukur pada Mu Tuhan kerna memberi aku peluang melalui waktu-waktu itu. Sejujurnya berat untuk aku lalui namun aku percaya pada hikmahNya. 

#Dear My Heart !! Kau Kuat !! Tolong Jangan Jatuh Sekali Lagi ..

Take A Note Wahai Lelaki !

Assalamualaikum ..


[Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu, dia mula merendahkan egonya untuk Kamu semata-mata kerana KAMU Wahai Lelaki !.]

Apabila seorang wanita menangis di hadapan kamu,


Apabila dia menangis kerana kamu,
Pandanglah matanya,
Bolehkan kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan kamu,
Hanya kerana KAMU?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

#Buat KekasihKu Yang Tak Pasti Jadi Milikku Suatu Hari Nanti .. Aku Hanya Nak Kau Tahu Yang Aku Sayang Kau Walaupun Aku Nampak Macam Biasa Jer .. Dalam Hati Aku Hanya ALLAH Je Yang Tahu .. =') Andai Satu Hari Nanti KIta Bersama , Aku Hanya Mintak Satu Bende Jer ,, TOLONG BIMBING Dan SAYANGI AKU ..