Take A Note Wahai Lelaki !

Assalamualaikum ..


[Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai kamu, dia mula merendahkan egonya untuk Kamu semata-mata kerana KAMU Wahai Lelaki !.]

Apabila seorang wanita menangis di hadapan kamu,


Apabila dia menangis kerana kamu,
Pandanglah matanya,
Bolehkan kamu rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah kamu CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan kamu,
Hanya kerana KAMU?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

#Buat KekasihKu Yang Tak Pasti Jadi Milikku Suatu Hari Nanti .. Aku Hanya Nak Kau Tahu Yang Aku Sayang Kau Walaupun Aku Nampak Macam Biasa Jer .. Dalam Hati Aku Hanya ALLAH Je Yang Tahu .. =') Andai Satu Hari Nanti KIta Bersama , Aku Hanya Mintak Satu Bende Jer ,, TOLONG BIMBING Dan SAYANGI AKU ..

No comments: