22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 السلام عليكم
Pagi yang indah , sejuk ... lagi berapa minggu la ni sekolah :) 
tahun 2013 mangsa terakhir kekejam PMR :p hahaha .. 
Gemuruhh gila .. tak percaya dah 15 tahun ..
say goodbye to childhood :') *lap airmata ... 
okey ... tutup cerita .. 
haa ! *sergah :p 
siapa nak jadi ahli-2 syurga .? Insyallah ...
mesti nak kan ?? 
jom tengok 22 Golongan Yang berhak dimasukkan ke dalam Syurga Menurut al-Quran

1. Orang-orang yang bertaqwa
2. Orang yang mendermakan hartanya ketika senang dan susah
3. Orang yang menahan kemarahannya
4. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain
5. Orang yang apabila melakukan perbuatan keji @ menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah dan memohon keampunan kepada Allah.
6. Orang yang tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan sedangkan mereka tahu akibatnya


﴿وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135)﴾ [آل عمران]
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya). Surah Ali Imran : 133-135


7. Orang-orang yang beriman
8. Orang yang khusuk dalam solatnya
9. Orang yang meninggalkan perkara yang sia-sia
10. Orang-orang yang mengeluarkan zakat
11. Orang yang menjaga kemaluannya melainkan kepada isteri-isterinya @ hamba yang dimiliki
12. Orang yang menjaga amanah dan janjinya
13. Orang yang sentiasa menjaga solatnya

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2) وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ (3) وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ (4) وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7) وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (8) وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (9) أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (10) الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (11)[الْمُؤْمِنُونَ]
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. Surah al-Mu'minun : 1 - 11.

14. Orang yang tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah (larangan Allah).

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (22) ( المجادلة)
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. Surah al-Mujadalah : 22.

15. Orang yang sentiasa taat kepada perintah Allah dan Rasul


لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا (17) [الفتح]

Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. Surah al-Fath : 17.

16. Golongan terdahulu drp kaum Muhajirin dan Ansar (para sahabat)dan orang-orang yang mengikuti jalan mereka (Tabien)

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100) [التوبة]
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. Surah al-Taubah : 100.

17. Orang-orang yang berjuang di jalan Allah dengan jiwa dan hartanya

لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (88) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (89) [التوبة]
(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. Surah al-Taubah : 88 -89

18. Orang yang mati syahid

فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ (4) سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ (5) وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ (6) [محمد]
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka. Surah Muhammad : 6

19. Orang yang sentiasa berpendirian teguh (istiqamah) pada jalan Allah walau apapun yang terjadi.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (13) أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (14) [الأحقاف]
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! Surah al-Ahqaf : 13- 14

20. Orang yang beriman dan beramal soleh

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (42) [الأعراف]
Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. Surah al-'Araf : 42

21. Orang yang sentiasa sabar sama ada dalam keadaan senang dan susah

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (214) [البقرة]
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. Surah al-Baqarah : 214

22. Orang yang yakin dengan hari Akhirat dan beramal soleh sebagai persediaan menghadapinya.

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ (19) إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ (20) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ (21) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (22) قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ (23) كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ (24) [الحاقة]
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)! Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan. Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik. (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)! Surah al-Haqqah : 19 - 24
  Panjangkan ? tapi hendak seribu daya , tak nak seribu dalih .. 
insyallah , kita ada salah satu daripada golongan-2 di atas .. :') 
usaha itu penting :') 

Happy Birthday Pendekk's

'بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم
tengah menahan sakit ni >.< kuatkan juga semangat nak menaip sejuta patah perkataan >.< .. huhuhu , 
Sakit Apa? : sakit tangan , lenguh gila nii: 
Sakit tak? : -_- tak laa ... sikit pun tak ^^ 
dah-2 , kembali kepada tajuk asal : "Happy Birthday Pendekk's"
Who "Pendek" ??
Budak bawah ni ^^ 
pendek kan dia ?? ^^ , hahahahahaha :p
22-Dec-2012 umur budak atas tu cukup 14 tahun .. 
kenape panggil pendek ? sebab dia memang pendek *evil laugh* 
jom nyanyikan dia lagu happy birthday to you ;) 

happy birthday to you ;) 
happy birthday to you ;) 
happy birthday to Nana Pendek .......
happy birthday to you ;) 

mehh tiup lilin cepatt :p

Tak ade lilin pulakk , jap-2 , carik lilin

meh tiupp cepad ^^ 

Cupcake je tauu , budak kecik tak boleh makan bebanyak :p tak elok untuk kesihatan 
hohohoho....
okey , ucapan aku untuk pendek tersayang :
jangan nakal-2 , rajin-2 la tolong big madam dekat dapur tau ^^ bakal menantu solehah ^^ hahahaha ... :p
makan sayur bebanyak , aku syorkan kau makan sayur nie ;)
makan bebanyak tau bia jadi tinggi ^^ 
goodluck PMR 2013 tauu :* 
huhuhu , satu lagi !
HADIAHHHH !!!!
TAK ADA LA WEI , TAHUN DEPAN KAY :* hahahahahaha ..
okey laa .. bye-2 .. emuuahhhh 
Ikhlas dari : Miss Fatin Syamimi 
Untuk : Pendek Forever :'O

Penghijrahan Aku , Takut ?

السلام عليكم

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, perlahan-lahan aku menyarungkan kain berwarna putih polos itu di kepalaku. Ya! Cukup padan rasanya. Seolah-olah aku seperti melihat susuk tubuh orang lain di hadapan cermin ini. Ada ketenangan yang tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam hati. Rasa tersentuh. Rasa ingin sekali aku menangis.

Sungguh. Sangat berat amanah yang aku pikul. Ya. Memang bukan mudah untuk berubah. Perit sekali. Tapi aku tekad inilah saatnya untuk aku berhijab. Bukan esok, bukan lusa, tapi hari ini. Hari ini, di bulan muliaMu, Ya Allah. Keputusan yang pastinya mengejutkan mama, papa, keluarga dan semua sahabatku.

Bercampur-baur perasaanku. Seribu satu soalan bermain di benakku. Bersediakah aku menghadapi mereka? Masih adakah kawan yang sudi bersahabat denganku? Kuatkah aku nanti? Istiqamahkah aku? Atau...takutkah aku sebenarnya? Sungguh, aku cemburu dengan mereka yang daripada kecil sudah dilatih dengan ilmu agama. Aku kagum dengan mereka yang kini sudah berhijrah dan ingin berubah kepada yang lebih baik. Kerana aku tahu berubah itu tidak mudah.

Aku tidak dilahirkan dalam persekitaran yang benar-benar mengamalkan agama Allah. Jauh sekali untuk memahami apakah maksud sebenar di sebalik perkataan dakwah dan tarbiah. Bergelar manusia biasa, aku hanyalah seorang wanita tipikal yang menggunakan 'Nur' pada pangkal nama, tapi tidak pernah menghayati amanah yang ada pada namaku. Bergelar remaja, aku juga tidak terlepas dengan kelekaan kepada drama-drama mahupun artis Korea. Bergelar pelajar, aku juga mahu bebas bergaul, bercinta dan menikmati hidup sepuasnya. Tapi untuk berubah, aku juga mahu, dan selagi masih bernafas, ku kira masih belum terlambat untuk kembali kepada Allah.

Pagi itu, perlahan-lahan aku menuruni anak tangga. Ingin sekali melihat reaksi mama dan papa yang sedang bersarapan di ruang makan. Debaran hatiku hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, syukur Ya Allah...Kau permudahkan urusanku dan Kau lapangkan hati mama dan papa untuk terima perubahanku. Satu yang masih terkesan untuk aku, perbuatan dan kata-kata Mama pagi itu. Mama orang pertama yang melihat aku bertudung. Sebaik melihat aku, mama terus mengalirkan air mata dan serta-merta melakukan sujud syukur. Kata-kata yang keluar daripada mulut mama cukup membuat aku sayu.

"Kakak, mama tahu mama bukan ibu yang baik selama ni. Mama bukanlah contoh terbaik untuk kakak. Sepanjang 20 tahun, mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk keluarga kita, tapi mama terlupa untuk sempurnakan didikan agama pada kakak. Mama minta maaf. Maaf untuk kesilapan mama yang selalu jauh daripada Allah. Maaf kerana turut bawa kakak dalam kejahilan mama. Tapi, hari ni Allah tunjuk pada mama, betapa baiknya Dia. Tidak pernah lupa pada kita. Dia buktikan pada mama melalui kakak. Alhamdulillah. Terima kasih, kakak."

Mama, kalaulah mama tahu betapa kakak juga sangat bersyukur. Mungkin ini titik permulaan buat kakak, tapi kakak berharap ini juga titik permulaan buat mama, papa dan seluruh keluarga kita. Masih belum terlambat lagi. Ya, perubahan bukan hanya sekadar memakai hijab di kepala, tapi memakai hijab di seluruh tubuh, percakapan, tingkah laku dan pergaulan kita. Mungkin sekarang aku sekadar hamba yang masih bertatih menuju ke Tuhannya, wanita yang masih bertatih untuk cuba menutupi auratnya, dan insan yang masih bertatih ke arah kebaikan. Tapi, aku punya cita-cita ...syurga Allah itu luas dan aku mahu merasainya.

Jika difikir, perubahanku hanya bermula daripada sebuah novel, tulisan yang membuatku sedar bahawa aku bukanlah sekadar watak putih di dalam al-Quran, yang membuatku tertarik untuk menyelusuri hadis Rasulullah SAW, yang akhirnya membawa aku untuk mengenali Penciptaku melalui ayat cintaNya.

Baru kini aku sedar hidayah itu memang hak milik Allah sepenuhnya. Tapi, ia takkan sesekali datang bergolek. Aku yang perlu mencarinya. Jujur, jalan perubahan tidak mudah. Aku juga sering teruji. Kawan yang dahulu susah senang bersama mula meninggalkanku, niatku terkadang diperlekeh, hatiku terkadang memberontak mahu kembali kepada dahulu. Tapi, aku yakin Allah itu ada di sisi.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Surah Al-Baqarah, ayat 186)
Dalam satu petikan Hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"....barangsiapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekatiKu satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..."


Takutkah...aku untuk berubah? Tidak! Kerana aku yakin, syurga itu bukan sekadar untuk para rasul, bahkan untuk mereka yang sentiasa beramal soleh dan mencari keredhaanNya. Dan aku juga mahu menjadi salah seorang antara mereka.

Written Back : Fatin Syamimi

Contest: Saya Si Blogger Awesome 2012 by Yanie & Akma

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم
Selamat pagi semua penduduk alam 
jyeahhh !! tarik nafas lepas , tarik lagi lepas ...sekali lagi tarikkkkkkkkk lepas ... jerit hup-2 horeyyy 
hahahahaha kayy , join contest lagi , problem ka ? biar la, hahahahaha :P tak menang pun tak ape , *golek-2 atas lantai 
contest ni di anjurkan by : Cik Akma
amboi banner dia , glam  , blink-2 gitu , i loike :P 
Semua syarat-2 saya sudah lakukan  
Tak percaya ??
tengok gambar bawah nie  
Haa ... tk tipu kan ? yang twitter tuh dah sent request

nak jawab soalan pulak  wink-2

 Sejak bila berjinak dalam dunia blog?

Fatin dah buat blog ni hampir setahun :O lamakan ? hahahaha :P active dalam bulan Mei *yeke?* :D .. tapi jarang update .. kenapa jarang update ? sebab fatin sibukk *mcm PM pulak* hahaha , 2013 mungkin lagi malas sebab nak tumpukan pada PMR :) last batch :O wooo .. hahahaha :P 

 Kenapa berblogging? Best tak?

kenapa blogging ?? hmm , *betulkan tudung* sebab nya sebab , sebabnya fatin ni suka bebel ? yeke ? kay tipu*betul lah* --" pedulikan , mula-2 fatin tak tahu apa itu BLOG ! kay mengaku ! bukan kemain lagi tanya mcm-2 .. hahaha , kay guru pertama yg ajar fatin blogging nie Uncle Aaz Mazlan *tepukkan gemuruh untuk beliau* wohohoho .. giler tak best ! setiap bulan boleh tukar baju belog ni XD saya suka , saya suka ^^v .
merapu habis dah ni .. soklan seterusnya 

 Harapan pada blog di masa akan datang?

Harapan fatin untuk belog ini pada masa hadapan ialah *ayat skema habis,pedulikan* OKEY , ehem *betulkan suara* Harapan fatin supaya blog fatin jadi popularrr .. Wahhhhh :O *mungkinkah?* insyallah hahahaha :P dan harap blog fatin dapat menjadi sumber untuk sebarkan ilmu :D *senyum nampak gigi*

Fatin nak tag adik fatin boleh ?? hoho .. ⇨ Amirah

Okey siap .. jyeahhh .. arghhhhh *angkat tangan*

Gendang gendut tali kecapi ,
saya harap saya menang nanti ^_^

Yang Bertudung Bukan Pilihan !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“ Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !”
“ Haa? Kenapa?”
“ Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat.”

Alhamdulillah.. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna. 

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat. 





Hayati kembali perintah Allah ini;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[33:59]

Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang ‘bertudung tapi mendedahkan aurat’. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya. 

“ Cerewet sungguh orang-orang mukmin!”

Ya.. memang cerewet ! hehee..

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih. 

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari. 

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;


“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.” 
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,


" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci." 
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri? 

Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

“ Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna.”

Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya. 

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."[24:26]




Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

Pengajaran untuk diriku dan untuk semua ... 
written : Fatin Syamimi 
source : AirMata Iman

Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم

Seminggu tanpa dia :') kuatkan aku :') jyeahhh *angkat dua-2 tangan 
tak terasa sangat kehilangan dia , sebab selama ni pun aku dah banyak belajar hidup tanpa dia :') 
okey-2 tukar topik :)
fatin nak join satu contest ni , jumpa masa joging dekat blog-2 followers XD 
hahaha .. meh tengok syarat-2 dia ^_^ : 

1. Follow blog and like fanpages hanna .Nak subscribe pun boleh jugak! hehe . (tak wajib)
2. Klik SINI I SINI I SINI ( loading sampai habis ye sayang~) WAJIB & JUJUR !
3. Buat entry tajuk "Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella " 
4. Copy code gambar diatas. Dan linkkan ke sini.
5. Letakkan 1 or 2 gambar hak milik korang yang menarik+kreatif+comel+sopan ! (edit or tak)
6. Jangan letak gambar yang syeksi2 or ada unsur2 porno !
7. Tulis 1 kata-kata yang membangkitkan semangat atau inspirasi dekat korang dalam gambar or just letak caption bawah gambar tersebut.
(B.I or B.M) tak nak pun tak apa. 
CONTOH : " No one can't hurt me "
" Diaorang jealous tu "
8. Tinggalkan link entry anda kat kotak komen entry nie. Kalau letak kat tempat lain tak akan dilayan.
*okey dah buat semuanya ^^*
klik gambar arnab comel tu :3 
Gambar yang di pertaruhkan :P 

Kerana Cinta Aku Tabah , Kerana Sayang Aku Sabar , 
Kerana Kedua-2 Elemen Itu Aku Tabah Dan Sabar Menghadapi Segala-2 nya Dengan Senyuman .
Dengan Hanya Satu Lakaran Senyuman Yang Terlukis Diwajah Mampu Menyembunyikan 1001 Kesedihan ... 

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎


Ya Allah , Tabahkan Aku

السلام عليكم 

Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.


Tetapi Ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.


Dan Ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.


Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.


Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.

Ini bukan pengakhiran jalan cerita hidupku , aku hanya kehilangan cinta manusia, aku tahu aku mampu dan aku kuat untuk tempuh segala ujian-Mu Ya Allah

Dari bakal zaujahmu , untuk bakal zauj ku :) 

PESANAN BUAT WANITA BUAT PERINGATAN DAN RENUNGAN SEMUA

السلام عليكم 

PESANAN BUAT WANITA Buat Peringatan dan Renungan SEMUA

30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA


  • 1. Menyambung rambut palsu
  • 2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
  • 3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
  • 4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
  • 5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
  • 6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
  • 7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
  • 8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
  • 9. Derhaka kepada suami
  • 10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
  • 11. Mengingkari kebaikan suami
  • 12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
  • 13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
  • 14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
  • 15. Menyerupai lelaki
  • 16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
  • 17. Memandang aurat wanita lain
  • 18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
  • 19. Masuk permandian awam
  • 20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
  • 21. Meratapi kematian
  • 22. Berhias atas meninggalnya seseorang
  • 23. Menghantar jenazah
  • 24. Mempercayai dukun dan peramal
  • 25. Menyumpah anak-anak sendiri
  • 26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
  • 27. Menganiaya pembantu
  • 28. Mengganggu jiran
  • 29. Minta cerai kerana suami sakit
  • 30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama 
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.


Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang
ALLAH S.W.T berikan pada kita.


PESANAN BUAT WANITA


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).


Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.


Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).


Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.




Hal Yang Kita Perlu Tahu *Perempuan*

السلام عليكم

Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.

Lelaki suka:

  • Wanita yang bersikap kelakar
  •  Berbudi pekerti
  •  Murah hati
  •  Senyuman manja
  • . Tahu memasak
  •  Pandai dalam menggayakan pakaian
  •  Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
  •  Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
  • . Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
  •  ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
  •  Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
  • . Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
  • Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  •  Wanita yang tahu menjaga maruah diri
  • Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
  • Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
  •  Yang tidak suka berleter
  •  Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

Lelaki tidak suka:

  •  Wanita yang suka mengumpat
  •  Sombong dan bongkak tak tentu pasal
  •  Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  •  Merokok
  •  Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  •  Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
  • Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
  •  Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
  •  Wanita yang bersikap hipokrit
  •  Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
  •  Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
  • . Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pakaian wanita berselerak di biliknya
  •  Tidak bertanggungjawab langsung
  • . Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  •  Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
  • Boros berbelanja
  •  Tidak tahu/malas memasak
  •  Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

Izinkan Aku Lamar Redha-Mu

السلام عليكم

Ya Allah....Hatiku sungguh cemas,Aku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-Mu,Atau di waktu mengingati-Mu,Kalau berlaku sebaliknya, karena kelemahanku,Kerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat mengelak dari kelemahan ini,Dengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku di waktu ini,Bila dosaku Engkau ampunkan,Aku seperti tidak membuat dosa,Maka ringanlah bebanku di waktu ke sana,Itulah harapanku pada-Mu Tuhan,Di waktu detik kematianku,Engkau saja yang dapat menyelamatkanku

Ya Rabb....Bagaimana mampu untuk kuungkapkan,Apakah kata-kata yang bisa kuabadikan,Sedangkan di setiap pandangan dan degup nafasku,Aku mencari-cari di manakah ilham yang bisa kucoretkan

Tuhanku..Seringkali aku bertanya...Apakah mampu untukku menjadi hambaMu yang baik?..Sedangkan terlalu banyak khilaf dan kelemahanku..Semuanya tidak pernah terlepas daripada pandanganMu

Tuhanku...Telah kusingkapkan tirai hati ini..Mahu benar mengintai tabir keagunganMu..Ingin sekali aku melamar keampunan Mu..Namun apa yang kurasa hanyalah rasa malu kepadaMu

Tuhanku..Apakah pandangan ini masih terhijab disebalik dosa-dosaku?
Apakah penglihatan ini masih terhalang disebalik kesilapanku?
Namun,izinkan aku berkata kepadaMu...Bahawa teringin benar aku melihat wajahMu

Tuhanku..Bukakanlah mata kalbuku ini..Dakapkanlah aku dalam pelukan kasih sayangMu..Walau kutahu terlalu sukar untukku meraih redhaMu..Namun, izinkan aku untuk terus mengharapkannya..Demi rasa cintaku kepadaMu

Tuhanku..Jiwa ini dalam genggaman kekuasaanMu..Seringkali diusik rindu yang azali..Kuingin katakan bahawa aku akan terus mengharap...cinta dan redhaMu.....


Kasih,Cinta,Sayang

السلام عليكم
Pagi yang indah , tenang , di sini aku rindukan kamu sayang :'( hmm , ujian untuk kita , mampu bersabar ... 
Dulu pernah aku bicarakan..
hidup ini perlu kasih sayang..
kasih .. cinta dan sayang..

semua itu perlu kita rasai dan jaga dengan sebaik2nya..
apa itu kasih..
apa itu cinta..
apa itu sayang..

kasih , kena dijaga jangan sampai hati bersedih
cinta , kena dihargai jangan sampai kita merana
saying , kena dibelai jangan sampai ia melayang
bila ia datang dekat kita , jangan lupa peranan kita untuk 
menjaganya..
Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. 
Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sebenarnya semua itu fitrah 
Adakala nya terlebih .. ada kalanya terkurang.
Reda itu paling berharga
Setiap waktu yang telah kita habiskan Dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari esok yang lebih baik..
Hidup adalah proses, Hidup adalah belajar, Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata terlambat..!
JATUH, berdiri lagi, KALAH, mencuba lagi, GAGAL, bangkit lagi..!
Sampai saatnya "SANG PENCIPTA" melihat, menilai dan mencukupkan ukiran kebaikan, ibadah dan kebahagiaan kita di dunia Berakhir nanti ..

Bagi yang mencari cinta sejati,
cinta yang sejati itu dibina di atas cinta kepada Ilahi.
dan bukanlah cinta kepada Ilahi itu hanya terletak pada doa mencari jodoh dan istikharah,
tetapi pada segenap penjuru kehidupan kita,
sekiranya kita benar dalam cinta kita kepada Ilahi,
maka benarlah cinta kita nanti kepada manusia.

"Jika sesuatu itu milik kita, sesulit apa pun jalannya..pasti akan menjadi milik kita, kerana memang ianya untuk kita... tetapi, jika sesuatu itu bukan milik kita, walaupun mudah jalannya...walau bersusah payah kita ingin mendapatkannya, tidak akan pernah jadi milik kita...kerana memang ianya bukan untuk kita..."
Kasih..
cinta dan sayang
itu perlu,ada keyakinan dalam hati kita
disamping usaha
dan selebihnya pasrah pada Allah
semuga dirimu sentiasa diberkati
kasih sayangmu,ku sematkan dihati

Setulus Harapan
Seindah Janji
Hargailah insan yang kita sayangi
agar kita tidak terkilan seandainya
insan tersayang itu,pergi buat selamanya
sayangilah dengan sepenuh keiklasan 
selagi dia masih disisi kita..
.
kalau kita sayang seseorang,sayang bukan pada mulut..
kalau kita rindukan seseorg,rindu bukan pada lidah..
kalau kita perlukan teman,teman bukan untuk disusahkan..
kalau kita perlukan sahabat,sahabat juga perlukan kita..
kalau kita inginkan dunia...pandanglah sebelah mata
kalau kita inginkan akhirat pandanglah dengan mata hati
kalau kita inginkan kasih sayang,berilah seikhlas hati
kalau kita perlukan teman,sayangilah dia seperti diri kita
kalau kita sayangkan sahabat, belailah dia dengan alunan al-Quran
kalau kita dambakan ketenangan,berzikirlah pada Tuhan..

Pernah aku falsafahkan dalam puisi..

Jika kamu sibuk dengan urusan mu' 
Aku akan mengerti....
Jika kamu tidak ada waktu untuk bersama denganku' 
Aku akan fahan keadaan mu..
Jika kamu sedang dan tak mahu diganggu' 
Aku juga akan mengerti
Tetapi jika suatu hari nanti aku berhenti untuk mencintai mu......
Jangan engkau keciwa.. atau marah kepada ku 
itulah giliran kamu untuk mengerti akan aku... 
tapi...aku tak sanggup melukakan hati mu....
walaupun hati ku terluka....

Aku ingin belajar melupakan seseorang yang melukakan ku.....
Aku juga ingin belajar memaafkan orang yang telah menyakiti hati ku.....Dan aku akan terus belajar untuk jadi yang terbaik untuk orang yang ku sayangi.....Akan tetapi satu yang tidak bisa aku rasa dan pelajari Ia adalah..... kecewa

Aku harus belajar tersenyum disaat orang yang ku sayangi dan ku cintai dengan sepenuh hati berpindah menyayangi orang lain
Betulkah ini suatu pengorbanan....?
Ya..
aku tidak mengharap untuk menjadi orang yang terpenting dlm hidupmu kerana itu merupakan permintaan yg terlalu besar bagiku
aku hanya berharap suatu saat nanti jika engkau melihat aku kau akan tersenyum dan berkata ohh... dialah orangnya yg selalu menyayangi aku..dulu..

itulah puisi aku dulu tapi kini ku cuba lupakan kisah silam..

Jangan salahkan takdir .. kalau kita tidak mahu berfikir..
Jangan terlalu kikir nanti akan jadi fakir..
Jangan terlalu menyesal apa telah diamal
Jangan suka bersedih pastikan hati tidak merintih

Jika inginkan disayangi.. kita hendaklah memahami
Jika inginkan dicintai.. kita hendaklah menjiwai
Jika ingin dikasihi.. kita hendaklah menghargai
Jika ingin disanjung .. kita hendaklah jauhkan termenung
Jika ingin dihargai.. kita hendaklah berkorban diri..

Yang paling setia .. dia adalah yg mampu menyimpan rahsia
Yang paling berharga.. ia adalah body
Yang paling mulia .. ia adalah tutur kata berbudi bahasa
Yang paling bahagia .. ia adalah mengambil hati setiap masa..

Setiap perkara perlu ada rahsia..
Setiap perbuatan perlukan perjuangan
Setiap kata-kata perlu lahir dari jiwa 
Mengharap perkara yang baik .. perlu ikhlas jgn tergedik-gedik
Mengharap bahagia.. perlu ada pengorbanan dijiwa

Bukan semua benci itu marah
Bukan semua marah itu tidak sayang
Bukan tidak sayang tapi hati telah kecundang
Bukan semua cemburu itu mengongkong
Kalau ingin hati dibelai.. pandai pandai lah jangan sampai kita lalai

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN ..
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA ..
Belajarlah TAAT walau BERAT .
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI ..
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN ..
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA ..
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI ..
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH ..
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH ..

Jangan kita kesal apabila oang yang kita sayangi meninggalkan kita .. sbb..
dulu masa dia sangat2 mengarapkan kasih kita .. kita buat2 x faham
kita beri alasan yg bukan2..
kita berdalih..seribu bahasa..
tapi apabila kita mula merasakan cinta.. kasih .. dan sayang yang sejati dari nya ..akhirnya dia telah mula menyepi..
itu lah hakikat dan realiti .. masa ada dekat kita .. kita xjaga sepenuh hati.. sayang seribu kali sayang
bila dia sudah pergi mula kita terasa.. bahang cinta .. kasih dan sayang nya.... tapi dari mula dulu silap kita..

Terima lah dengan hati yg reda segala kejadian.. ..

salam dari saya buat yg berkenaan..

Permata ruby bukan satu
Intan berlian bukan dua
Kasih sayang datang beribu
Cinta sejati lahir dikalbu

Peneman Aku Untuk Selamanya

السلام عليكم 
Angin bertiup berirama .. sejuk mencengkam tulang .. maklumlah baru lepas hujan .. hampir 2 jam aku tunggu hujan berhenti .. tadi masa tengah nak lelapkan mata aku terfikir siapa yang penting dalam hidup aku , sama ada MAMA dan ABAH , ADIK-ADIK atau ABANG AKU , SAHABAT dan  .. 
MAMA and ABAH terlalu penting dalam hidup aku , tanpa mereka tak wujud aku didunia ini , terima kasih Ya Allah kerana kau beri aku kedua ibubapa yang penyayang , yang tak pernah tinggi suara pada aku dan adik beradik . Sungguh aku terharu dengan kekuatan mama yang dah menjaga aku dan adik beradik selama ini , MAMA Is My Bestfriend In This World .. apa-apa semua aku story at mama ..Mama Everything for me .. Sayang mama sangat-sangat .. setiap hari aku berdoa selepas selesai solat "Ya Allah, Jangan lah kau ambil nyawa ibuku , aku ingin bersamanya sampai bila-bila, aku tak ingin terpisah dgn mama walaupun sesaat" Hampir mengalir aimata aku takala melafazkan doa itu .. Ya Allah Izinkan aku untuk berbakti kepada kedua ibubapaku walaupun sebesar zarah sekali pun... 
Adik-adik dan abang aku penghibur aku .. walaupun setiap hari kami gaduh aku tetap bersyukur memiliki mereka .. walaupun abang aku seorang yang tegas pada adik-adiknya aku tahu disebalik ketegasannya ada terselit hikmah mengapa dia buat begitu .. abang jaga aku bagai sebutir mutiara , yang di kunci dalam kotak yang gelap sekali , walaupun kadang-kadang aku cakap di dalam hati "Tak syok betullah , di kongkong setiap hari,nak keluar pun susah..hmm.. argghhh benci keadaan macam ini" Mama pernah cakap dekat aku "Abang kau macam tu sebab dia sayang kau, dia tak nak kau jadi macam mana yang sekarang banyak berlaku" hati aku tersentap .. Ya Allah , terima kasih kau berikan aku seorang abang yang sangat menyayangi aku ..Mulai hari itu aku faham kenapa mereka buat begitu pada aku .. SAHABAT, semua orang ada sahabat , sama macam aku , aku beruntung sangat dapat kenal kawan-kawan yang faham aku , mereka jugalah peneman aku ketika aku Gembira,Sedih,Kecewa .. 
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)"


Ais Krim Enam Puluh Sen

السلام عليكم

Ombak berdesir tenang, putih buihnya sampai ke sisir pantai. Burung-burung camar riang berterbangan di atas sana, mungkin sibuk mencari secicip rezeki buat anak-anak di sarangan. Awan pula berarak tenang, cantik susunan Tuhan. Langi-langit biru yang terbentang indah mendamaikan hati aku saat ini.

Aku menoleh ke kiri, terlihat pohonan nyiur melambai-lambai, buah-buah kelapa comel bergolek-golek di sekelilingnya. Gerai-gerai yang ada di tepian jalan mula dibuka, pak cik yang menjual aiskrim sibuk ke sana ke mari membunyikan hon di tangan kiri. Kanak-kanak di sekitarnya sibuk pula menahan untuk membeli.

Dari jauh aku dapat melihat pak cik aiskrim itu meleret senyum. Mungkin terusik dengan keletah anak-anak kecil yang berebut-rebut memesan ais bewarna warni itu. Teringat kisah dulu-dulu, aku dan abang suka beli aiskrim yang dijual di motor, macam pakcik itu.

Tiba sahaja hari minggu, setia kami menunggu pak cik aiskrim datang. Apabila bunyi hon yang menjerit-jerit dari jauh kedengaran. Ketika itu sibuk kami mencari emak, meminta selipat duit untuk memenuhi permintaan kami adik beradik.

Aku dan abang selalu bergaduh, mak hanya berikan seringgit. Tak cukup, aku mahukan aiskrim berharga enam puluh sen manakala abang pula mahukan yang lima puluh sen. Masih lagi kurang sepuluh sen.

Abang tetap tidak mahu mengalah. Akhirnya hanya aiskrim berharga lima puluh sen juga yang aku dapat. Terlepas aiskrim impian. Setiap kali pun begitulah. Ada suatu ketika, aku merajuk betul dengan abang, diam dari pagi sampai ke petang. Diusiknya pun aku tidak pedulikan. Sedaya upaya dia memujuk, semua sia-sia. Sudah puas memujuk, abang pergi, bawa diri ke rumah Mak Cik Hasanah.

Abang main sorang-sorang. Ada kertas di tangan kanan, pensel pula di tangan kiri, abang kidal. Kemudian abang ikut suami Mak Cik Hasanah, Pak Cik Lutfi ke gerai jual goreng pisang. Sebelum itu abang minta izin dengan emak. Ceria mukanya apabila emak benarkan dia pergi.

Aku mencebik geram, apa yang abang buat semuanya boleh. Emak kata aku ni perempuan, jadi baik tolong saja mak di dapur. Sejak kecil aku diajarkan emak untuk menjejak ke dapur, segala jenis perkara aku lakukan, daripada mencuci periuk, mengelap lantai, susun atur barang sampaila ke isi dalam periuk.
Natijahnya sekarang, macam-macam aku pandai masak, betul didikan emak, baru aku faham.

Didikan itu bermula dari rumah, didikan itu bukan ambil masa seminit dua, bukan juga sebulan dua. Anak-anak perlu diajar sejak ia mula mengenal dunia lagi, barulah akan menjadi sebati. Asuhan itu insyaAllah kekal sampai ke mati kalau betul matlamat dan cita-cita yang diingini.

Selepas abang diizin oleh emak. Abang datang dekat dengan aku. Abang senyum. Kata abang, dia nak bagi sesuatu. Kertas di tangan kanannya dihulurkan cermat. Tapi tiada sambutan yang aku hulur, rajuk aku masih bersisa. Tidak tahu kenapa hari rajukku lama dengan dia. Abang diam.

Dia letak kertas putih itu di atas meja sebelah aku. Lipatannya dua, sederhana sahaja saiznya. Setelah itu abang pergi dengan Pak Cik Lutfi. Seiring dengan kepergian bunyi motor, emak panggil untuk aku menolongnya melipat baju.

Hari itu hari pertama emak ajar aku lipat baju. Kemas lipatan emak, cantik emak susun di rak pakaian. Patutlah abah sayang dengan emak, pandai masak, rajin. Bila abah balik mesti mak dah siap sedia dengan pakaian cantiknya di muka pintu. Muka emak berseri-seri sambut kepulangan abah.

Emak salam tangan abah, kemudian pimpinnya duduk di kerusi. Abah memang manja dengan emak. Di sisi kanan mesti mak dan siap sediakan air untuk abah, kegemaran abah air suam saja. Jaga kesihatan katanya.

Patutla abah sayang emak. Aku nak jadi macam tu, mak bidadari abah dan bidadari kami adik beradik. Mak tak pernah tengking kami, bila kami buat salah kami tak pernah didenda bahkan kami dididik dengan hemat. Kami diberi penjelasan kenapa perbuatan kami itu salah dengan itu baru aku boleh kenal apa salah dah aku buat, dan yang mana yang sebetulnya.

Abah dan mak memang ada seni dalam mendidik, seni yang ditiru daripada ajaran Rasul yang mulia. Tidak menghukum apabila salah, namun jalan penyelesaian yang disua mereka agar yang salah masih boleh diperbetulkan dan bukan dibuang sahaja ke tepi tidak dipeduli. Dihukum hanya kerana tidak memahami erti tanpa memberi penjelasan yang pasti buruk padahnya, takut ada yang makan hati. Oleh itu, perlu pandai menjaga hati.

Abah romantik orangnya. Pernah aku ternampak abah menulis sesuatu pada emak. Surat yang abah tulis itu abah letak di laci dapur. Laci yang emak selalu buka hari-hari, kadang-kadang abah letak di atas peti, kadang-kadang pula di bawah gelas atas meja tepi kerusi.

Pernah aku curi-curi baca. Rasa nak tahu apa yang emak akan baca. Bila aku buka surat itu, abah puji emak. Abah kata emak cantik, abah berterima kasih sebab abah ada emak kat sisi dia. Ada satu masa tu abah selitkan satu resepi di sisi almari dapur.

Bila emak terjumpa emak senyum, emak tahu itulah tandanya abah minta emak buatkan resepi itu. Emak pun romantis juga, bila siap sediakan pakaian untuk abah pergi kerja, emak akan masukkan nota-nota cinta buat abah, kadang di poket baju kadang pula di kocek seluar. Comel telatah mereka, bahagia.

Hari itu selepas melipat baju, aku ke halaman rumah. Terasa sunyi bila abang tak ada. Baru rasa abang tu penting. Masa aku dan emak lipat baju tadi, sempat emak bercerita, kisah satu keluarga. Kesimpulan daripada cerita itu emak kata ikatan antara adik beradik takkan putus, ibarat air, dicincang tetap tidak akan putus jua.

Jadi, bila salah seorang buat salah, salah seorang perlu memaafkan agar pergaduhan tak berlanjutan. Maafkanlah agar kita senang untuk dimaafkan orang lain. Maafkanlah agar hubungan tak lari, tetap kekal berseri. Daripada pengajaran cerita itu aku tahu, aku tak boleh merajuk lama-lama dengan abang. Kejap lagi bila abang balik aku nak minta maaf dengan abang.

Sambil melihat ikan-ikan di kolam kecil hadapan aku. Aku ternampak semut-semut kecil berderet-deret beratur menuruni batu-batu kecil di sekeliling kolam. Aku tengok dekat-dekat, ada sesuatu yang mereka bawa. Rajinnya semut-semut ni aku berbisik-bisik dalam hati, teringat dengan ustazah di sekolah, ustazah pernah cerita kisah semut-semut yang rajin.

Ustazah kata, kita mesti jadi rajin macam semut. Semut-semut ni gigih berusaha, walaupun mereka kecil tapi semangat mereka besar. Contohilah mereka, jangan kita malas berusaha, nanti malu dengan ciptaan Tuhan itu, kita ini makhluk manusia yang ada akal dan fikiran jadi kita perlu lebih rajin lagi daripada mereka.

Sedang aku asyik melihat aksi semut-semut itu. Satu kereta ada di hadapan pagar rumah, teksi warna biru. Aku panggil emak. Emak datang dengan cepat, mata emak berair, ada jatuhan mutiara sudah melekat di pipi mulus emak. Aku tengok saja, tak faham.

Emak pimpin tangan aku masuk ke dalam kereta itu, emak tak henti-henti menangis, sampai di suatu tempat, kereta yang kami naiki berhenti. Kami masuk ke dalam bangunan bercat putih yang tersergam kukuh di depan.

Sampai di wad kecemasan, seseorang datang dekati kami. Dia berkaca mata dan berkot putih. Tanpa sebutir bicara, dia hanya menggelengkan kepala, abah datang dari arah belakang, emak pengsan di situ juga. Keadaan itu membuatkan aku pelik, suasananya muram dan emak pula terbaring lesu.

Ketika itu juga, satu sorongan keluar dari bilik kecil di hadapan kami. Mata aku tertancap pada sekujur tubuh.. mulut aku terluncur hanya satu kata..

"Abang..."

*****

"Akak nape nangis, nak eskem?" Lamunan aku dikejutkan satu suara.

Ada adik kecil comel bertudung litup di sisi aku, disua aiskrim yang ada di tangannya kepada ku. Mungkin cuba untuk memujuk. Aku senyum, mengusap-usap pipi mulusnya.

Satu nama kedengaran dipanggil, dia kemudiannya berpaling ke belakang mungkin namanya dipanggil ahli keluarga. Berlari-lari dia tuju kepada seorang lelaki dan seorang perempuan muda di sisir pantai. Comel sekali lariannya.

Aku memandang lautan yang terbentang luas di hadapan, seluas itu jugalah rindu aku pada abang. Abang pergi pada hari itu kerana dirempuh kereta di warung pisang goreng Pak Cik Lutfi. Kata pak cik, abang duduk seorang diri melukis di meja. Abang memang suka melukis.

Pemandu kereta yang merempuh abang memandu dalam keadaan mengantuk, seorang pakcik tua yang sudah berusia enam puluhan. Selepas kejadian, aku menangis teresak-esak.

Melihat kepada lukisan terakhir abang. Abang lukis gambar aku dan dia bermain wau di pantai ini. Emak dan abah selalu bawa kami ke pantai petang-petang, aku sukakan wau, jadi mungkin sebab itu abang lukis gambar wau untuk pujuk aku. Itulah lukisan abang yang terakhir buat aku. Pujukan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Di lukisan itu juga abang ada tulis.

"Adik..abang minta maaf."

Selepas itu jugalah aku jadi pendiam, asyik salahkan diri kerana merajuk dengan abang. Aku salahkan diri dan aiskrim yang berharga enam puluh sen. Lama untuk aku terima pemergiaan abang. Dia satu-satunya abang yang aku ada. Emak tak boleh mengandung lagi kerana ada masalah kesihatan.

Berbulan-bulan lama untuk aku terima pemergian abang. Kata-kata abah suatu hari menguatkan hati untuk aku terima semua itu takdir Ilahi.

"Allah lebih menyayangi abang. Itu yang terbaik untuknya. Kita tak salah sayang, kita hanya sebab untuk mereka pergi kerana hakikatnya ketentuan sudah tersurat lama. Dialah Yang Esa, Dia jualah yang menggerakkan hati kita untuk melakukan itu dan ini. Apa yang terjadi usah ditangisi kerana yang sudah pergi tetap tidak akan kembali. Kita hanya mampu untuk mendoakan dia di sini.. akhirnya kita juga akan kembali nanti ke alam sana."

Kata-kata abah buat aku kuat, aku terima takdir-Nya, abang pergi dalam usianya yang masih muda. Usia sembilan tahun. Sekarang sudah lima belas tahun abang pergi. Aku rindu pada dia.

Muka aku dongakkan sedikit. Terlihat tali wau ditarik-tarik adik kecil di tepian pantai. Senyum aku kuntum, moga abang juga dapat melihatnya sama. Aku bangun, langkah kaki aku tuju untuk mencecah air. Ombak-ombak kecil masih tenang beralun laju, angin masih lagi kekal bertiup lembut.

Burung-burung camar tetap girang berterbangan di awanan biru, pohon nyiur makin mesra melambai-lambaikan juntaiannya, aku di sini juga sama, tetap rindu pada dirimu. Dan pastinya kenangan itu akan kekal sampai hujung usia.

"abang.. moga dirimu bahagia selamanya.."

Biodata Penulis
Inan Naurah seorang hamba yang masih dalam pencarian hidup bererti menuju alam abadi, baru mula menapak dalam dunia penulisan, menulis untuk menterjemah lukisan hati, memanfaatkan orang lain dan menulis itu kerna mengagungkan Allah s.w.t. Berkongsi karya di http://inan-naurah.blogspot.com/

وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎