Antara Aku Dan Kau , Redhakn lah Perpisahan ini

Assalamualaikum ..

 
Ya Jabbar..
Perasaan apakah yang sedang aku alami ini?
Aku sering teringatkan insan itu..
Saban hari sering mengharapkan khabar darinya..
Apakah ini yang sering berlaku kepada insan di luar sana?
Apakah ini yang dinamakan cinta?

Tidak..!! tidak mungkin.. mustahil untuk aku..
Tidak semudah itu untuk aku membiarkan perasaan itu hadir dalam diri..
Siapa aku untuk merasai nikmat yang teragung itu??
Hanya angan-angan yang mampu aku miliki..

Aku tak ingin sakit kerananya..
Aku jua tak ingin menangis lagi untuknya..
Dia sememangnya insan yang bukan dilahirkan untuk aku..
Walaupun aku cukup bahagia tatkala dia bersamaku,
Namun.. aku pasti bahagia itu hanya untuk sementara..

Wahai hatiku,
Lepaskanlah dia..
Biarlah dia pergi jauh dari kehidupanmu..
Dan tabahlah wahai hati..
Ini sudah ketentuan Yang Maha Agung sejak azali..
Percayalah.. kebahgiaan untukmu pasti menyusul kemudian hari..

Wahai hati insan yang aku sayangi,
Jauhkanlah dirimu dengan hatiku..
Pergilah menemui hati yang lebih layak untuk bersama denganmu..
Yang pasti.. ia bukanlah hati milik aku..

Semoga engkau bahagia tanpa aku..
Demi kasih sayang aku terhadapmu..
Aku relakan dirimu pergi..
Pergi mencari cinta yang selayaknya untukmu..
Sememangnya aku akan menyesal dengan tindakan aku sendiri,
Namun aku lebih percayakan Allah..
Biarlah kasih sayangku ini manjadi rahsia antara aku dan Dia..
Sesungguhnya Dia lebih mengerti dan Dia pasti telah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan aku di dunia dan di akhirat nanti.. InsyaAllah.


antara dia dan aku
ada jalan lurus berliku
ada sejambak mawar biru
ada sempadan duri semalu
antara aku dan dia
ada yang tidak sama
kerana aku wanita dan dia lelaki

antara aku dan dia
masih ada yang serupa
kerana kami sedang seronok bercinta

antara aku dan dia
terdapat adegan drama
kerana kami adalah watak sandiwara

antara aku dan dia
terukir cerita bahagia
kerana kami menulisnya bersama-sama

antara aku dan dia
tersimpan satu rahsia
hanya diketahui oleh Yang Maha Esa

No comments: