Sahabat Rakan Dan Teman

Sesekali kita perlu menangis dan terhiris
Untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi
Untuk kita mengenali diri sendiri
Ujian yang datang menguji kesabaran
Mengukur keimanan dan ketaqwaan
Kekalkan rasa bertuhan dan kehambaan
Setiap masa

Tika kau lemah
Jadikanlah Allah s.b.t sebagai tempat untuk meluah rasa
Tika kau goyah
Kau perlu kuat kerana kau pembawa agama
Tika kau rebah
Kau harus tabah kerana kau mujahid dan pemimpin diriKenangan terindah yang bukan pada pertemuan tiap masa
Bukan juga pada kekerapan berbicara
Tidak pula pada jauh jarak masa bersama
Tetapi cukup sekadar Doa tulus Ikhlas dari seorang Insan
Yang bergelar Shahib

Lakukanlah walau seringan-seringan amalan
Mungkin disitu letaknya Reda Allah s.b.t
Dan tinggalkanlah walau seringan-seringan maksiat
Mungkin disitu letaknya murka Allah s.b.t!!

Bergunung mana pun harta
Bukanlah kaya namanya
Jika miskin budi bahasa
Segagah manapun diri
bukanlah pahlawan namanya
Jika nafsu tidak dapat dilawan
Selangit mana pun ilmu
Bukanlah bijaksana namanya
Jika tidak diamal dan diguna
Sealim manapun warak
Bukan Ulamak namanya
Jika takbur dan riak

Sayang yang melambai
Biarlah lambaian kepada Agama
Rindu yang memuncak
Biarlah di puncak Keimanan
Kasih yang melimpah
Biarlah limpahan Ketaqwaan
Cinta yang membara
Semarakkan untuk Allah s.w.t

Sahabat Sejati
Seseorang yang selalu Hadir masa kita sedih dan kesepian
Selalu Bersama saat duka lara
Memahami dan boleh menghiburkan
Seseorang yang Membantu kita bangun tatkala kita jatuh
Sama-sama Menitiskan air mata bahagia masa kita senang
Jadi Teman yang menghiburkan
Masa kita tidak punya Teman untuk bersandar

Jika matamu berat untuk memandangku
Ringankanlah pergi dariku
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku
Relakanlah untuk berpaling dariku
Jika susah untuk kau melupakan kesilapanku
Senangkanlah untuk kau menghinaku
Tp seandainya suatu hari nanti
Telingamu terdengar berita KEMATIANku
Ikhlaskanlah tanganmu
Mengusung jasadku
Dan Bisikanlah padaku yang kau telah memaafkanku
Moga kalimah terakhirmu itu
Menjadi Pelita dikubur gelapku
Menjadi bantal tika lena panjangku

Pertemuan Perpisahan Adat Berkasih Sayang

No comments: