Monolog Dari Rahim



السلام عليكم
Selamat pagi Semua Followers And Reader Fatin , Fatin NAk Share Satu Monolog Dari Ustazah Norhafizah Musa yang Fatin Jumpa Di Facebook , Hope Bende Ni Dapat Sedarkan Kita 

Wahai, manusia yang sudi mendengar !Tahukah engkau bagaimana rasanya...Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.Akan adakah manusia yang menyayangiku ?Akan adakah insan yang melindungiku ?Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat 
Aku akan tetap lahir juga...Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.

Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!

Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,Kutitipkan kata-kata ini...Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar. 

Bulan 1: Ibu, panjang adik cuma 2cm tapi adik sudah ada dalam badan ibu. Adik syg ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini.
Bulan 2: Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari. Disini terasa hangat bu. Nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama- sama ya?
Bulan 3: Ibu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik, tapi adik harap ibu & ayah akan bahagia bila adik dilahirkan nanti. Ibu jangan menangis ya? Kalau ibu menangis, adik pon akan menangis jugak.
Bulan 4: Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh. Adik dah boleh gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan.
Bulan 5: Ibu, tadi ibu pergi jumpa doktor ya? Doktor cakap apa? Ibu, D&E tu apa? Αdik tak kan di apa-apa kan betul tak bu?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya? Bu, tolong bagi tau doktor tu, adik di sini sihat-sihat je. Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik! Adik takut.. Benda tajam tu nak potong kaki adik pulak. Sakiittt bu! Walaupun adik dah takde kaki, adik masih ada tangan. Nanti adik boleh peluk ibu. Bu, kenapa benda tu nak potong tangan adik pulak? Ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu.. Tapi, biarpun adik dah takde tangan dan kaki, adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi.. Benda tu sekarang dah nak potong leher adik, ibuuuuuu.. Maaf bu.. Beri lah adik kesempatan utk hidup, utk tinggal dgn ibu. Adik syg ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7: Ibu, adik di sini sihat-sihat je. Adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga. Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong dengan benda tajam itu. Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, menggendong adik dgn lembut dan lalu Tuhan membisikkan memberi tahu apa itu D&E. Kenapa ibu tetap melakukannya? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik? Αpa salah adik bu? Ibu, bertaubat ya? Semoga Tuhan menempatkan ibu di sini. Nanti kita main-main disini, dan jangan lupa, ajak ayah jugak tao? 




Bersalahkah Dia Di Muka Bumi ini ? Ya Allah .. Kau Lindungilah Umat Akhir Zaman Ini , Kau Kuatkan Imanku Serta Iman Sahabat-Sahabatku

6 comments:

MAZLIZA ABD RAZAK said...

sedih baca entry ni...
menitis air mata. ibu yang kejam saja sanggup buang anak, kucing pon sayang anak.

nurul amirah athirah said...

harap-harap entry nie boleh buat pedoman untuk semua :)

MarliaMarble said...

nice entry..terima kasih pekongsian..=)

Sha Mei Mei said...

MAZLIZA ABD RAZAK :- Betul Tuee

Sha Mei Mei said...

nurul amirah athirah :- Insyallah Syg

Sha Mei Mei said...

MarliaMarble :- Sesame