Ya Rabbi

Assalamualaikum Cinta :1:


Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.


Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah..
Suatu masa dulu Dia telah kehilangan ‘sesuatu’ yang sangat-sangat ‘berharga’. Dengan kata, mulut meluahkan, ‘Ya Allah… Aku Redha….’:face29: Selama bertahun tutur bibir akan berkata begitu. Jika ada yang bertanya, dengan ringan mulut akan menjawab… “Aku redha:face29:” dan berharap hati juga akan turut terpanggil untuk ‘meredhakan’ hal yang sama.

Tapi entah kenapa di suatu saat, Hati mula berpaling dari mahu berbuat begitu. Hati meronta untuk tidak menurut…
Lantas satu persoalan bergelut di ruang fikiran…
“Adakah kau benar-benar redha di atas kehilangan itu?”:face29:
Pesoalan itu dahagakan jawapan dari si empunya hati… Namun jawapan yang sebenar gagal untuk diberi, lantas diri dibawa jauh untuk menyepikan diri. Di tempat itu, hati mula meronta lagi.
 “Ya Allah… Benarkan hati ini tidak sepenuhnya redha dengan ujian yang diberi?”:face29:
Dan di situ, di tempat yang jauh itu, persoalan lain pula yang menghantui diri….
“Astaghfirullahalazimmmmm……..”:face29:



Bagai diketuk oleh ‘sesuatu’, mulut tanpa sedar telah meluahkan kalimah itu,


“Astaghfirullahalazim…….. Ya Allah…. Aku Redha… Aku Redha dengan pemergian itu. Kau kembalikanlah hatiku yang dulu, hati yang patuh kepada ku… Dengan niat hanya kerana MU, Aku Redha Ya Allah….”


Sesudah selesai melafazkan ungkapan itu, diri terasa terpukau dengan suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan melalui bicara. Tubuh terasa ringan seakan telah melepaskan suatu bebanan yang sangat lama terpendam didalamnya. Hati juga merasa ketenangan yang dicari-cari dan hati itu juga bagai kembali kepada tempat yang asalnya. 


Bibir pula mula menguntum senyum penuh makna, senyum penuh syukur.


"MASYA-ALLAH… INDAHNYA HATI YANG SENTIASA REDHA DENGAN KETENTUAN ILLAHI”


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu 
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu


No comments: